=.=

Friday 29 June 2012

CERPEN: jom kita cerai!!


“jom kita cerai!!!” ni cerpen yang bakal aku hadiahkan untuk suamiku..
Hai..nama aku Putri Sarah Alisa. Copp!! Aku bukan kerabat diraja ok. ecehhh… macam ala-ala cerita puteri kat tv3 tu la pulak kan..hehe. Lagi 3 bulan setengah umur aku dah nak masuk 22 tahun. Aku graduan lepasan UiTM Sri Iskandar,Perak. Lulusan Diploma Sains Geomatik. Kenapa aku ambil diploma padahal result SPM aku gempak?? Hahaha.. sebab aku nak belajar sama universiti dengan seorang mamat yang aku kenal ni. Nama dia Sufian. Tapi, tak sampai sebulan belajar dia dah couple dengan orang lain. Ok..tak nak cite pasal tu. Kita lupakan. Mesti ramai yang tak kenal apa benda yang aku belajar kan?? Haha. Tak pe…meh aku nak jelaskan sikit. Aku belajar pasal astronomi, laut,tanah. Nampak macam best kan? Teringin sangat nak sambung degree nanti bidang ni jugak. 
Tapi……… ayah aku bagi syarat. Kalau nak sambung degree,aku kena kahwin dulu. Aku tahu parents aku sengaja bagi syarat macam ni sebab dia orang nak tinggalkan aku 1 tahun kat Malaysia ni. Ayah kena bertugas dekat Australia. Mak kena la teman ayah. Ala….tempat isteri kan disisi suami. Tu kata mak la kan..  Memandangkan aku ni anak tunggal. Parents aku nak aku kahwin sebab dia orang nak ada orang yang boleh jaga aku sepanjang mereka tak ada kat sini. Katanya, aku mesti kahwin dengan orang yang dah bekerja,lulusan luar Negara, dan anak sulung. Katanya anak pertama ni biasanya bertanggungjawab. Boleh jada aku betul-betul. Amboi,demand nye… 
Aku diberi masa 3 bulan. Setelah umur aku genap 22 tahun,aku mesti kahwin. Bermakna aku kena sediakan calon secepat mungkin la sebab kalau aku tak sediakan secepat mungkin,ayah nak kahwinkan aku dengan sepupu aku yang perasan tahap cipan. Perasan bagus! Tak nak aku. Nanti anak-anak aku tak ada variasi. Dari spisis sama je..
Ceritanya bemula begini………………..
“Una, kau tolong carikan aku sorang suami boleh tak? Aku nak kejap je.. setahun cukup la. Pas tu aku ceraikan la dia.” Ujarku spontan tanpa berfikir apa yang aku ucapkan tadi.
“Ha?? Suami? Setahun? Cerai? Kau giler ke? Kau ingat talak kat tangan isteri ke?” habis tersembur air yang diminumnya kat muka aku. Huh.. buat malu orang je kamu ni,Una. Dah la ramai orang duk tengok kat mcD ni.
Sambil mengeluh, “Aku kena kahwin. Kau tolong la carikan. Aku na sangat sambung belajar. Aku minat gila bidang ni. Aku nak jadi Ahli Falak. Aku nak minat astronomi. Kalau aku tak kahwin,aku tak boleh belajar. Bapak aku dah letak syarat. Padahal dia saja je letak syarat macam tu sebab dia orang nak tinggal aku kat Malaysia ni setahun. Ingat aku tak tahu ke..” panjang lebar aku jelas kan dekat kawan aku sorang ni. Berharap agar dia boleh bantu aku yang berada dalam kesusahan ni.
Di sebalik meja yang kami duduk ni. Terdengar dua orang lelaki sedang bergaduh. Ada sorang perempuan bersamanya. Sah mesti macam cerita yang dalam drama ni. Erm.. cinta tiga segi la ni.
“Una..jom…jom… diam… syyyy…….” Aku melatakkan jariku di mulut,member isyarat kepada Una untuk diam sekejap.
“Weh,Sarah..kau tak ada kerja lain ke? Kau pergi pasang telinga laki bini duk gaduh tu apesal? Nak cari gaduh ke weh? Dah la.. tak nak la aku duk dekat kau kalau kau macam ni. Nanti tak pasal-pasal aku kena tempias.” Una berbicara dengan cukup perlahan. Agaknya takut orang meja sebelah dengar.
“Ok..ok.. buat macam biasa je. Aku dah dengar apa benda yang buat dia orang tu gaduh. Tu bukan laki bini la. Aku ingat cinta tiga segi tadi. Kau tahu tak. Tadi,lelaki yang pakai cap,yang rendah sikit tu.. Dia tu abang si perempuan seksi tu kot. Dia marah dekat lelaki yang macam berlagak tu. Yang pakai baju macam nak gi meeting je. Tapi datang mcD.. macam tak kena tempat je. Hmm.. menurut apa yang aku dengar kan, abang perempuan tu cakap yang adik dia pregnant anak lelaki berlagak tu. Tapi si jantan tu pulak,tak nak mengaku. Wah….cerita best ni. Kau diam tau aku nak pasang telinga ni.” Aku dah start buat kerja gila balik dah. Aku memang sensitive bab-bab macam ni. Maklum la dekat Universiti dulu aku ni anggota IMAD. Ala…yang macam AJK masjid gitu. Huhu. Perasan~
Tiba-tiba…
Papppp!!!! Bunyi meja yang kami duduk tu di pukul oleh lelaki yang pakai cap. Alamak….dah kantoi…
“Woi..asal kau pasang telinga kita orang duk berbincang. Ni bukan urusan kau. Baik kau duk diam,makan ayam kau yang duk atas meja tu. Jangan sampai aku buat kau jadi ‘ayam’ aku.” Tengking lelaki itu penuh kemarahan. Tu la…sapa suruh cari pasal. Kelihatan perempuan seksi itu duk menangis teresak-esak. Ye la kan… dah mengandung tapi,si jantan tak nak bertanggungjawab. Tak ada cirri-ciri lelaki sejati langsung.
“Erm..Maafkan kami,encik. Kami dah nak balik dah pun nie. Weh..Sarah,cepat la bangun.” Una dah macam cacing kepanasan dah aku tengok. Takut agaknya. Mana taknya,muka lelaki tu bengis gila kot.
“Eh..Sarah.. Apa sayang buat dekat sini. Tak bagitahu abang pun,sayang nak datang sini. Kan abang dah cakap,kalau nak keluar rumah  bagitahu abang dulu. Sayang ni degil,ye. Come,dear.. I miss you so much. Give me hug.” Tiba-tiba lelaki yang berlagak tadi tu panggil nama aku. Bila masa pulak kau kenal dengan lelaki tak bertanggungjawab macam dia ni?? Alamak…ini dah melampau. Dia peluk aku kot. Cakap miss you bagai. Kau ingat aku ni sama ke dengan perempuan seksi tu. Kau dah mengandungkan dia,lepas tu kau nak buat aku pulak mengandung.
“Isteri abang ni,nape buat muka cuak macam ni? Owh..sayang dengar ye apa yang kami bincang tadi? Tak pe..nanti dekat rumah,abang jelaskan k. Sayang jangan risau. Abang cintakan sayang sorang je.” cuppp!!!! Satu kucupan diberikan kepada aku. Dekat pipi. Aku kena cium. Una…..tolong aku. Tapi, suara itu seolah-olah terlekat dikerongkong tekakku. Aku sempat kerling kearah Una. Dia hanya terpinga-pinga melihat adegan sebentar tadi. Terkejut mungkin.
“Asy..you dah kahwin? Sampai hati you,tipu I. Habis tu macam mana dengan anak yang I kandungkan ni? Siapa yang nak bertanggungjawab?” rintih perempuan tadi. Naik kesian la jugak aku tengok. Belum sempat ‘suami’ aku ni menjawab. Si abang dah pukul ‘suami’ aku.
“Hei,nape kamu pukul dia? Sebelum bertindak tu,cuba la selidik dulu. Lepas tu renungkan sikit. Bermuhasabah diri. Adakah kesalahan tu berpunca dari sebelah pihak. Cuba kamu tengok adik kamu ni. Pakai pakain seksi. Terdedah sini,terdedah sana. Lelaki mana yang tengok,tak terliur? Kalau saya jadi lelaki pun saya dah usha adik kamu tu. Kamu pergi la brainwash adik kamu tu dulu. Lepas tu kamu Tanya dia betul-betul. Suruh dia bersumpah betul ke ‘suami’ saya yang buat semua ni.” Sengaja aku tekankan perkataan suami itu agar didengari oleh semua orang. Sebab masa ni orang tengah ramai duk tengok ‘lakonan’ kami  ni. Biar mereka tahu aku tak bersalah. 
“Dah la,Aisyah.. mari kita balik. Makin lama kita dekat sini,makin panas telinga aku. Kalau lelaki ni tak mahu bertanggungjawab,biar aku yang bertanggungjawab. Aku sayang kan kau lebih daripada seorang adik angkat. Aku nak kau lupekan jantan tak guna tu” ujar lelaki itu. La…..Aisyah nama si perempuan ni. Nama punya la cantik. Nama isteri nabi,tapi perangai macan apa entah. Seksi gila kot… lagi satu,lelaki garang tu abang angkat je. aku ingat abang betul dia. Huh…sesuai la tu kalau kahwin.
“Sarah..kenapa,kau pegang muka dia? Hari tu kau cakap dosa main pegang-pegang tangan. Kalau pegang muka tak pe,erk??” Tanya Una seolah-olah adik kecil sedang bertanya dengan muka dan nada orang tidak bersalah.
“Ya Allah,apa aku buat ni… woi lelaki.. erm.sape nama kamu? Asy erk? Kenapa kamu mengaku yang kamu tu suami saya? Dah la peluk orang…cium pipi orang.. tak tahu malu ke? Dosa la weh!!!” marah aku,sambil menolak dada bidang lelaki itu supaya menjauh daripada terus rapat denganku. Lantas, aku menarik Una untuk terus keluar daripada mcD. Tetapi,lelaki itu mengejar aku. Apa aku nak buat ni.
“Awak…sekejap la.” Tangan lelaki it uterus menyambar tanganku..
“Eh..jangan pegang-pegang la. Kamu nak apa. Jangan nak berawak-awak dengan saya. Saya  tak pernah guna awak-awak ni. Dan jangan nak guna “kau aku” saya tak suka. Kawan baik je boleh cakap macam tu.” Macam mengada-ngada la pulak aku ni.
“OK..abang panggil sayang ok. kejap la sayang.. Abang nak cakap sikit.”
“Geli la. Jangan panggil macam tu boleh tak?”
“Dah tu…semua tak boleh. Saya nak panggil apa?” alahai…buat muka sedih la pulak mamat ni.
“saya kamu sudah la..” pendek je aku jawab.
“sayang..eh.. kamu..saya nak kamu jadi isteri saya boleh? Saya perlukan bantuan kamu. Saya perlukan bantuan kamu untuk manaikkan balik reputasi saya dalam syarikat. Mereka menuduh saya menjalinkan hubungan dengan perempuan tadi. Ayah dia sangat berpengaruh. Tapi,sumpah saya tak buat. Ada orang yang nak kenakan saya. Sekarang orang dah tahu kamu ‘isteri’ saya,saya nak kamu jadi isteri saya yang betul-betul. Supaya orang berhenti mengata saya. Kamu jangan risau. saya akan ikut semua syarat kamu.” Huh..senangnya dia cakap.
“kamu ni dah gila agaknya.” Cepat aku menarik tangan Una dan berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
“Sarah,bukan ke kau nak kahwin. Tu dah ada orang yang nak. Ambik la.. muka pun handsome apa. Putuh daripada kau pulak tu. Haha. Dia tinggi.. kerja pun macam bagus je.” Una seakan-akan memujuk aku.
“pandai jugak kau kan. Tapi,belum tentu dia tu anak sulung kan.” Tiba-tiba idea Una itu seakan boleh aku pertimbangkan. Kemudian aku menarik tangan Una untuk kembali ke tempat lelaki tadi.
“Asy..kejap!!!!” alamak…kuatnya..habis orang pandang.
“Jom kita cerai!!!”ujarku sejurus Asy menghadapku.
“ha???cerai??? bila masa kita kahwin?” pelik Asy dengan omongku tadi.
“tadi kan abang cakap saya ni isteri abang,jom la kita bercerai.. pas tu kita kahwin olok-olok. Lepas setahun kita cerai lagi. Kita talak dua dah la. Kamu mesti balas balik pertolongan saya dekat kamu tadi”
Aku mula menjelaskan kenapa aku bertindak sebegitu dan apakah syarat-syaratnya setelah kami berkahwin.
Akhirnya……………………………….
“Aku terima nikahnya, Putri Sarah Alisa binti Muhammad Kamal dengan mas kahwin dua puluh satu ribu tiga ratus ringgit tunai.” 
…..***…….
Aduhai…seramnya.. bilik ni pun,apasal la mak aku ni pergi hias macam bilik orang kahwin. Eh… bukan ke memang aku dah kahwin kan. Isy,mana Asy ni..dia nak tidur kat mana erk??
Tiba-tiba tombol pintu dibuka.. muncul seorang bidadara dari kayangan. Hahaha. Wah….handsomenya laki aku ni. Tak sangka. Menepati semua cirri-ciri yang bapak aku nak. Dan…………………menepati cirri-ciri yang aku nak jugak. Alahai…apa yang aku mengarut ni. Isy!!!
“kamu nak tidur mana malam ni?erm…kamu tidur kat bawah,saya tidur kat atas boleh?” jelasku sejurus dia masuk ke dalam bilik.
“Untuk pengetahuan isteri saya yang comel ni,nama saya Muhammad Syafiq Asyraf bin Muhammad Borhan,bukannya KAMU. Jadi,berhenti panggil saya kamu. Mulai sekarang awak kena panggil saya abang. Saya dah jadi suami awak. Bagus jugak cadangan awak tu. Saya mesti la kena tidur ‘bawah’ awak..awak kena tidur ‘atas’ saya. Kan awak tu kecik je.. kalau awak tidur ‘bawah’ mesti awak tak selesa kan.” Jelasnya dengan nakal sekali. Aduhai…mengada-ngada a pulak…lain yang aku cakap,lain yang dia faham.
“tapi kan perjanjian tu…………..” belum sempat aku meneruskan kata-kataky,dia meletakkan jarinya di mulutku supaya aku tidak meneruskan kata-kataku tadi.
“perjanjian tu,awak cuma cakap,saya tidak boleh memanksa awak buat benda yang awak tak suka. Saya tak paksa pun awak buat benda yang awak tak suka. Tapi,saya nak didik awak buat benda yang awak tak suka pada awalnya,kemudian nanti awak mesti akan suka.” Jawabnya sambil tersenyum nakal.
“awak bukan…”sekali lagi jarinya bertaut dengan bibirku.
“abang…bukan awak”jelasnya..
“a….bang.. bukannya kahwin dengan saya sebab cinta..abang nak selamatkan reputasi abang je kan. Abang tak boleh paksa saya buat benda yang say tak suka.” Tergagap-gagap aku berbicara.
“siapa cakap abang tak cintakan sayang? Kali pertama abang nampak sayang dekat mcD dulu,abang dah jatuh hati padah sayang. Kali petama abang peuk sayang dulu,abang dah rasa kehangatan yang berlainan.. dan kali pertama abang cium sayang dulu,abang dah rasa indahnya cinta seorang suami terhadap isteri jika sayanglah isteri abang. Abang sengaja je cakap nak selamatkan reputasi abang. Abang bos kat syarikat abang kerja tu?. Pekerja mana yang nak kenakan abang,mest dah la abang pecat. abang nak cuba dapatkan sayang..tapi abang pun pelik kenapa abang boleh guna cara macam tu.
Kemudian sayang tolak abang,abang cuba fikirkan cara lain. Tapi,sayang datang balik dan ajak abang ‘bercerai’. Terkejut abang. Abang ajak sayang kahwin,tapi sayang ajak abang bercerai. Abang,dah lafazkan cerai masa sayang jadi ‘isteri’ olok-olok abang depan Aisyah dulu kan. Sekarang takkan sekali pun abang lafazkannya lagi. Jangan ajak abang cerai lagi tau..” ujarnya sambil menarik hidungku. Erm…boleh cay eke ni?? 
Tapi…aku pun memang dah tangkap cintan dengan dia masa mula-mula dia jadi ‘suami’ aku lagi. Kalau tak,takkan la aku nak peduli bila abang si Aisyah tu pukul dia.
“abang…siapa Aisyah? Kenapa dia cakap,dia mengandungkan anak abang?” tiada lagi kegugupan yang terlahir dari bibirku..
“aisyah tu adalah perempuan yang abang jumpa dekat lorong gelap dulu. Masa tu abang tengah ada masalah. Abang hampir hilang pedoman. Abang berniat untuk melepaskan stress dengan cara yang salah. Kemudian,abang jumpa Aisyah sedang menangis-nangis. Apabila abang bertanya,dia terus peluk abang. Kemudian Faiz,lelaki yang Sarah nampak bersama abang tu nampak kami berpelukan. Aisyah kena rogol. Dia ketakutan sangat masa tu sebab tu dia peluk abang. Faiz tak tahu hal yang sebenar. Faiz ingat dia lari dari rumah. Kami jaga dia. Kami berikan sebuah rumah milik syarikat kepada dia. Faiz jadi abang angkat dia. Dalam masa yang sama,faiz jatuh hati pada dia. 
      Kemudian,Aisyah mengandung…Faiz ingat tu anak abang. Aisyah tuduh abang sebab dia dah jatuh cinta pada abang. Tapi,abang tolak dia. Sebab tu dia bertindak sebegitu. Tapi…akhirnya semua dah ok. sebelum kita kahwin.mereka ada jumpa abang. Mereka minta maaf dengan abang.” Panjang lebar penjelasan yang suami aku bagi.
“tapi… abang dah peluk dia. Kiranya…dia la orang yang pertama yang abang peluk?” sayu aku berkata.. ada nada rajuk disitu.
“tapi……..masa tu abang tak rela. Peristiwa tu berlaku dengan pantas. Kali ni abang rela…sayang orang terkhir yang abang peluk,cium dan kalau yang ‘ni’ insyaAllah sayang yang pertama dan terakhir……………………” lampu dipadamkan.  Aku dan dia mengecapi mimpi yang indah buat selamanya.
Kami kahwin dengan ucapan “jom cerai”… bukannya “jom kahwin”… sweet kan?lain daripada yang lain gitu… erm…mengenai mas kahwin tu? Ia adalah tarikh kami berkenalan. 21hb 3..  cukup la sampai disini cerita cintaku.. assalamualaikum… 

Friday 11 May 2012

Sesuci Qaseh Humairah -bab 3


3
            Asyraf memberhentikan Viosnya di perkarangan Restoran Mawar. Dia keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta di sebelah untukku. Dia selalu melayan aku bagaikan puteri. Kadang kala makan pun dia nak suap. Dia pun apa tidaknya. Manja jugak. Lagi-lagi kalau masa tu dia merajuk. Memang kena double ar cara pujuknya. Kalau orang tak kenal Asyraf,pasti ada yang tidak percaya Asyraf adalah seorang yang manja. Sikapnya keanak-anakan. Tetapi apabila berdepan dengan masalah,dia akan jadi lebih matang dari aku.

            Kami memilih untuk duduk di sudut paling belakang kerana semua tempat telah penuh. Kebetulan ketika itu ada pekerja di syarikat yang berdekatan mengadakan majlis di restoran itu. Jadi,bahagian hadapan sudah dipenuhi oleh mereka. Tinggalah meja di bahagian paling hujung untuk kami duduk makan sambil sambung balik gaduh.hahaha.

            Masing-masing mendiamkan diri. Bisu tanpa bicara sedikit pun.

            “Asy..Nape diam?? Pujuk la Ira lagi.. Ira merajuk ni.. Tak romantic langsung. Orang pujuk la betul-betul. Buat sampai Ira senyum. Isy..” aku mencebik bibir tanda memprotes tidak mahu mengalah. Biar dia yang pujuk aku. Dia yang buat salah takkan aku nak ok macam tu je kot. Jual mahal ar sikit. Baru ada class.haha. Namun dia masih diam seribu bahasa.

            “Ye la..Ye la.. Ira mengalah.. Salah Ira..Ira yang senyum menggoda kan tadi walaupun tak ada niat nak menggoda pun. Asy kiss Ira,tapi Ira yang salah kan. Tak ada tolak ansur langsung.”geram aku dibuatnya. Asyik aku je kene mengalah. Salah dia pun aku jugak yang kena mengalah. Tak adil tahu tak.

            “Tengok tu ar..pujuk orang pun tak ikhlas. Ira kena berlatih dari sekarang tau untuk buat suami gembira. Kena pandai ambik hati suami. Kalau suami gembira,pahalanya besar tau” jelasnya dengan wajah yang serius.

            “Ira minta maaf.. Ira selalu buat salah. Maafkan Ira ke,bucuk.. Janji tak merajuk dah. Tapi kalau Asy buat lebih dari tu Ira tak nak maafkan Asy lagi.” Aku mencapai tangannya sambil memujuk. Mesti berkesan ni..

            “Buat lebih dari tu,tu macam mana ye?terangkan sikit..” sengaja Asy berkata begitu untuk membuat aku malu.

             Belum sempat aku menjawab,tiba-tiba seorang wanita datang ke meja kami. Melihatkan cara pemakaiannya,mesti perempuan gedik ni. Jalan lenggang-lenggang. Gincu merah menyala. Mata tu sengaja nak kelip-kelip biar lelaki tergoda. Menyampah aku tengok. Tapi cun jugak awek ni.

            “Hai..you Syed Asyraf  Naqif anak Dato’ Jamal kan? You tak kenal I ke? Kita kan sekolah sama-sama dulu. Farah.. Farah Nadia. I pun pengawas sekolah jugak dulu.” Wanita seksi itu menghulurkan tangannya kepada Asyraf,namun tidak disambut. Asyraf hanya menghadiahkan senyuaman kepadanya.

            “Ops..lupa.. you still jadi macam ‘ustaz’ ke sekarang ni?”sambil tergelak sempat lagi dia kerling aku..

            “Ala you ni..macam la I tak nampak you pegang tangan perempuan sebelah you tu. Tak kan salam dengan I pun tak boleh kot.”

             “Perkenalkan perempuan yang dekat sebelah I ni ada nama. Nama dia Syaira. You boleh panggil dia Ira. Dia tu bakal isteri I. Lagi 5 bulan kami akan melangsungkan perkahwinan kami. Nanti I hantar kad kahwin kami dekat you ok” aku terasa seolah nak tergelak melihat wajah keputihan perempuan itu menjadi kemerahan kerana menahan marah dan malu. Tu la pasal.. nak cari pasal sangat. Kan diri sendiri yang termalu.haha.

             “Ok. I pergi dulu. Kirim salam dekat Nek Mal tau? Hari tu dia ada jugak jumpa I. Dia datang jumpa mama I. Katanya nak jodohkan cucu sulung dia dengan I. Tapi I tak pasti la pulak berapa banyak cucu lelaki yang dia ada. I Cuma kenal you je sebagai cucu lelaki dia. Bye,baby!”

            Tiba-tiba terasa air mata ini hampir tertumpah menahan sebak di dada. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Aku sedar selama ni Nek Mal tak pernah sukakan aku. Dia mahukan seorang menantu yg berasal dari keluarga yg berada. Aku hanya anak seorang guru yg bukan berstatus dato’. Ibuku hanya suri rumah. 

Namun,tidakkah dia sedar komitmen seorang guru dalam mendidik anak bangsa? Tanpa guru, pemerinah tidak akan mampu memerintah dengan bijak. Tanpa guru, perdana menteri tidak akan mampu mentadbir usrusan Negara dengan baik. Tanpa guru anak dia yg ada kat sebelah aku ni tidak akan mampu menjawab jawatan yang sedang dia sandang sekarang nie walaupun syarikat itu milik keluarganya sendiri. Dan tanpa dia sedar dia pun takkan dapat pegang pangkat datin. Aku pun sama. Mana mungkin aku mampu menjadi seorang peguam kalau aku tidak belajar dari seorang yang bernama guru.

            Lagi pun aku sedar aku tidaklah sehebat si perempuan gedik tu. Aku seorang yang simple. Sentiasa memakai tudung litup menutupi bahagian dada. Tidak suka berpakaian ketat dan lebih suka berbaju kurung. Aku juga bukanlah seorang yang pandai membuat pemilihan warna. Memandangkan tugasku sebagai peguam,aku lebih banyak mengenakan pakaian seraba hitam dan putih pada setiap hari. Kecuali jika ada sebarang majlis atau keluar makan malam bersama dengan kakitangan pejabat dan Asyraf. Aku juga mula memakai sarung kaki setelah ditegur oleh Asyraf tentang aurat wanita islam yang sebenarnya. 

Asyaraf tidak pernah kisah tentang cara pemakaianku selagi aku berpakaian sopan dan menutup aurat. Aku pun tak faham apa kena dengan perempuan-perempuan melayu zaman sekarang. Lebih suka dedah sana dedah sini. Pakai pakaian macam bungkus nangka pun ada. Nampak bentuk badan. Dunia sudah akhir zaman. Wanita berpakaian tetapi seolah-olah telanjang. Sebab tu statistik rogol dalam Negara kita ni semakain meningkat. Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh jugak. Perempuan juga bersalah kerana mempamerkan bentuk tubuh  mereka di hadapan lelaki. Ya Allah kekalkanlah aku dengan cara pemakaian sebegini.

 Tapi……kenapa kami tak boleh elak daripada bersentuhan??? Terasa diri ini terlalu lemah walaupun aku menutup aurat sepenuhnya… Aku perlu berubah… Aku tak mahu suatu hari nanti anak-anakku meniru gelagat aku semasa muda. Ya,Allah..besarnya dosaku.

            Terkejut aku tatkala merasa ada objek kasar tetapi dingin dan penuh keasyikan menyeka air mataku. Asyraf menyeka air mataku yang mengalir dari tadi.
  
“Maafkan Asy,Ira.. Asy tak tahu apa-apa pun pasal ni. Lagipun ni kali pertama Asy jumpa Farah selepas Asy balik dari UK dulu. Setahu Asy,Farah sambung belajar di Universiti Al- Azhar dekat Mesir. Tak tahu pulak Asy dia boleh balik dengan perangai yang macam ni. Ira pun tahu kan nenek rapat dengan mami Farah tu. Tapi sumpah,Asy tak tahu apa yang mereka dah rancang tanpa pengetahuan Asy.

        Dah la ke? Balik nanti Asy akan bincang isu ni dengan nenek. Jangan la nangis lagi. Nanti hilang seri pengantin. Senyum sikit. Tak comel la bakal isteri Asy ni kalau muncung macam ni. Senyum,syg..” kata-katanya sering kali membuat aku terbuai dan terleka. Hilang segala yang bermain dikepala buat seketika. Aku melirikkan senyumam kepadanya. Senyuman penuh keikhlasan dari seorang bakal isterimu.

Monday 7 May 2012

KITA IKUT AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN IKUT POLITIK~

baru2 nie keluar kat tv3 pasal jatuh hukum haram berdemonstrasi yg mengakibatkan kemusnahan harta benda dan mengganggu kemanan..

yup..sangat2 setuju... tapi,kite xperlu la nak fokus kpd BERSIH sahaja.. sbb klu nak ikut hukum haram nie,banyak benda yg dibuat kat malaysia nie adalah haram... contohnya buat persembahan2..jemput artis tak tutup aurat... kalau nak ikutkan,berhibur dgn cara begitu... berdosa kan??

PEMBANGKANG
apabila keluar isu mcm nie sibuk duk cakap pasal kenapa bersih j yg dikatakan haram??? kenapa bukan benda2 yg kerajaan buat tu tidak dikatekan haram?? cth: JOM HEBOH..

*kite perlu sedar..apabila dikeluarkan fatwa yg menjadi sumber rujukan kat sesebuah negara nie kite kene ikut selagi ianya berteraskan al quran dan sunnah... yup..memang benar jatuh hukum haram buat demonstrasi yg mengakibatkan kemusnahan harta benda.. TETAPI, pada hari ini ketelusan media dan juga ketelusan pihak2 tertentu sukar utk kite dapat.. disisarkan di TV BERSIH haram.. tp,dselindungkan perkara2 yg dah lama menjadi haram itu.. itulah politik..
-maka dengan ini saya sokong TUNTUTAN BERSIH..

KERAJAAN
kalau tak nak org ramai terlibat dgn benda2 mcni.. tunjukkan teladan yg baik kepada mereka.. tak dinafikan,kerajaan telah menbawa nama negara dan insyaAllah negara yg membangun ini mampu mncapai negara yg maju pada 2020.. soal hukum haram ini..megapa menjadi pertikaian??

*isu nie jadi pertikaian sbb wujud unsur politik dalam penyampaian... sekali lagi saya tegaskan... hukum ini tdk salah dan saya tdk menolak hukum ini... namun,kite harus sedar... kite perlu kesamarataan.. bertindak berdasarkan agama yg suci..hukum2 lain pun..memang majlis2 pengeluar fatwa nie dah keluarkan hukum utk majlis2 atau ap2 hal yg berkaitan dgn maksiat adalah haram..namun,media tdk menjadikannya sbg isu2 sensasi.. itulah politik..
-maka dengan ini saya KURANG BERSETUJU DGN PELAKSANAAN BERSIH..

PENDAPAT
saya rasa tdk perlu la kite bertengkar lagi mengenai BERSIH... sy yakin..tuntutan bersih adalah perlu dipertimbangkan.. namun,cara pelaksanaan tu sy xtahu nak komen sbb xnak nak la berlebihan..saya tiada ditempat tersebut masa kejadian itu berlaku.. kalau tgk video2 dari pihak kanan,tunjuk pasal keganasan peserta bersih..kalau tgk video2 belah kiri,tunjuk pasal keganasan polis.. video2 tu mungkin tdk mnipu.. tak perlu la kite nak berat sebelah..saling nak menunding jari.. saya yakin kedua2 pihak pasti ada salah dan benarnya..

saya tidak mahu lagi berlaku pertengkaran mengenai isu ini..tolonglah....

mengundi itu wajib.. atas kalian la nak mengundi hijau,biru atau ape2 kaler skalipun..
tapi jangan la terlalu obses dgn politik...

kita ikut al quran dan sunnah...
kite ikut ajaran nabi...
kite ikut ulama'...
tp kite islam tdk mengikut mana2 politik...

islam agama yg suci...jgn cemarinya...
malaysia negara yg demokrasi....jgn wujud unsur2 berat sebelah...

*saya melihat setiap politik ada kemaslahatan dan kekhilafannya...
sbb kite hanya manusia biasa...tiada yg sempurna~

Saturday 5 May 2012

MAK~

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan????... hehehe..
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh/solehah ye.. mak perlukan doamu di sana nak.. (Lantas si ibu mengalirkan air mata cinta :)
 
*kasih ibu sampai ke syurga.. jangan hampakan hasrat,impian ibu kita..
*semoga bakal anak2 ku...anak2 anda semua mampu menjadi penyelamat kita di alam kubur nant.. 

LiKu-LiKu KeHiDuPaN~

hidup nie terlalu banyak liku dan ujian di setiap persimngan... ada kalanya jalan tu lurus je.. tenang rasanya.. sehingga bisa buat kite terbuai dan terleka.. sampai nanti terbabas di persimpangan yang mendatang..

di setiap laluan,kita temui pelbagai jenis pokok.. ada yang dahannya kering.. ada yang lebat daunnya.. dan ada juga yang berbuah dan berbunga ceria..begitulah kehidupan..dalam dunia nie macam2 jenis manusia ada.. ada manusia yang hebat..ada juga yang tiada keupayaan.

tapi,masih ramai yang melaluinya.. kenapa? sebab bukan hidup kita seorang sahaja yang berliku.. hidup orang lain juga banyak likunya.. yang membezakan cara kita menyelesaikan masalah dan halangan2 yang timbul untuk sampai ke destinasinya.. kalau kena pada caranya,selamatlah... kalau tidak?? pasti kita akan merana.

merana?Allah sudah memberikan jalan juga kepada orang2 yang di dalam kesusahan itu.. kesedihan dan kelukakaan itu ada ubatnya.. lumrah manusia..kadang2 kite tersilap pilih haluan yang ingin kita capai.. kite temui banyak manusia dan banyak juga ragamnya..
 kalau yang baik,biark]lah dijadikan contoh..kalau yg buruk,biarlah dijadikan pengajaran..

islam datang utk mendidik kita menjadi seorang yang sabar,tabah dan cekal.. tak bermakna org yang suke menangis itu,lemah.. macam sekarang..aku menangis... adakah bermakna aku lemah? tidak....jika benar aku lemah,aku takkan bisa meneruskan kehidupan ini.. kita dikelilingi oleh org2 yg menyayangi kita...

teman,andai kamu adalah keluarga,sahabat dan juga insan2 yg aku sayangi.. 3hal yg xmungkin aku bantah.. Islam, keluarga dan pendidikanmu.. teruskan apa yg 3hal ini tuntut.. jika islam meminta kamu menjauhiku,maka jauhilah aku.. jika ibumu meminta kamu tidak memilih aku,lupakanlah aku.. andai pendidikan memaksa kamu utk tinggalkanku,maka tinggallah aku..

aku akan cukup bahagia jika kamu juga bahagia.. teman,saat ini aku seolah2 tidak berperasaan.. aku sendiri tdk tahu ape yg aku rasa.. tp,ingatlah..aku sentiasa menginginkan yg terbaik buatmu..

kerna kau sahabat...kau teman sejati~ :)

Monday 23 April 2012

! H@ve n0th!nG

saya xada keistimewaan~
xada apa2....
pandai??? hahaha... jauh skali...
cantik??? owh...tidak... dah la hitam.. pas tu hangus lagi..
baik??? tak mungkin...sy banyak dan suke sakitkan hati org...

so,ape yg sy ada?

hanya sekeping hati...

kadang2 rasa bahagia..
kadang2 rasa sedih sgt...
kadang2 rasa mcm ada something terlekat kat jantung nie..
kadang2 cemburu..
kadang2 sy pun xtahu ape yg sy rasa...

hari nie...rasa mcm hati yg besar nie..menjadi kecik...
kecik hati,,,,,,rasa mcm nak mrajuk pn ada...
tp xada sebab..
ntah la...
 
assalamualaikum~


Friday 20 April 2012

SESUCI QASEH HUMAIRAH BAB 2

2
             Seperti yang dijangka, tepat jam 5.15 Asyraf telah tiba di pejabatku. Sungguh menepati masa lelaki ini. Patut la orang lantik jadi ketua pelajar dulu. Sebelum turun tadi sempat aku serahkan kunci keretaku kepada Sya. Sya tinggal bersamaku di rumah bujang. Kebetulan kami kenal dari sekolah rendah lagi. Cuma hubungan kami masa tu tidaklah serapat sekarang. Dan kini,dia juga bekerja bersama aku. Tapi dia bertugas sebagai juru bahasa. Memang kemana jua,kami bersama lah..hehe. Apartment kami hanya kira-kira 7km dari pejabat. Tidak la jauh mana. Cuma kalau pergi pejabat jalan kaki,alamat pengsan la aku jawabnya.
            Aku berjalan anak menuju ke keretanya. Sungguh tampan tegak berdiri. Terpegun seketika aku melihat dia berdiri di sisi Vios hitamnya. Itulah Asyraf. Suka sangat mengumpul kereta berwarna hitam. Hari ni entah kenapa dia hanya pandu Vios. Dari jauh,dia memberikan senyuman yang cukup memukau untukku. Sesekali angin berlalu menerbangkan rambutnya yang lebat dan dia pula mencekak rambutnya ke belakang. ‘Wah..sah shampoo rambut hari-hari nie’ omongku di dalam hati.
             “Assalamualaikum,bucuk.. Sori lambat sikit” seperti biasa,aku menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya. Tingkahku seolah-olah tingkah seorang isteri terhadap suaminya. Dari dulu lagi,tiap kali berjumpa aku mesti bersalaman dengannya. Aku pun tak tahu kenapa aku boleh berkelakuan seperti itu sedangkan dalam hidupku aku tidak pernah memegang tangan lelaki yang bukan muhrim bagiku dengan sengaja. Begitu juga dia.
            “ Try tengok jam kat tangan tu pukul berapa sekarang” arah Asyraf sambil melihat ke arah jam yang berada di pergelangan tanganku.
            “ Tepat jam 5.20. Ira dah turun pukul 5.15. Asy pun dah nampak batang hidung Ira tepat jam 5.15 kan? Perjalanan dari pintu pejabat Ira ke kereta Asy ni mengambil masa kira-kira 5minit je. Sebagai seorang bakal suami yang baik,Asy kena sentiasa bersabar dengan Ira. Ala..5minit je kan. Ira tunggu Asy 5 tahun tau” jelasku tanpa sedikit pun rasa bersalah. Lagi pun 5 minit je la. Bukannya lama pun. Tak kan itu pun nak marah. Relax la,bro.
            “Eh..Ira tengok kat belakang tu,Ira ada terjatuh something agaknya tu” Dia memuncungkan bibirnya kearah belakangku agar aku menoleh.
            Tiba-tiba… chupppp!!! 1 ciuman hinggap di pipi aku. Tergamam aku seketika. ‘Aku kena cium ke?? Wah..biar betul. Ciuman pertama. Ohh tidak!!! Aku masih dara ke??’ Lamunanku terhenti kerana sepantas kilat dia menarikku ke pelukannya.
            “ Tak nak masuk dalam kereta ke? Kalau tak nak, meh sini Asy cium sekali lagi. Sayang tahu kan Asy rindu sangat ni. Rasa macam tak sabar je nak kahwin. Kalau dah kahwin,bukan setakat cium je,macam-macam Asy boleh buat kan. Kalau tak nak kena sebelum kahwin,cepat masuk.” Asyraf tersenyum sinis. Sakit hati aku melihat senyuman di bibirnya. Suka la tu dapat kenakan aku. Sengaja nak duga aku. Pantas sahaja aku menolak dada bidangnya dari bersatu dengan dadaku. Lalu,aku memboloskan diri masuk ke dalam kereta dengan rasa geram yang jelas dan nyata. Huh!!!
            Ketika dalam perjalanan,aku hanya menyepi. Sesekali kulihat Asyraf kerling kearah aku. Namun,aku buat-buat tak tahu je..
            “Bucuk..Jangan la merajuk. Ok2..Asy janji,Asy tak buat dah macam tu.” Tangannya diangkat seolah-olah simbol berjanji untuk tidak melakukannya lagi.
            “Siapa bucuk ar??Asy la yang bucuk. Kalau Ira bucuk nape cium ira tadi? Siap la Asy..Ira nak buat surat saman. Sebab Asy buat macam tu kat Ira tadi. Kita jumpa di mahkamah! Werrrkkkk!!” aku menjelirkan lidah kepadanya. Sempat aku menggertak dia. Biar dia takut. Tapi,macam la dia takut kat aku kan. Sekali dia cium aku lagi sekali,nahas aku.
            “ Comel la bakal isteri Asy ni. Bila merajuk,nampak lagi comel.. Lagi geram tau Asy nak cium.” Tengok..sempat lagi dia nak kenakan aku. Aku tembak kan baru tahu. Beng!!!! Beng!!! Beng!!! Haha.
            “Asy ni kan..suka sangat kenakan Ira. Ira gigit nak?? Eee.. tak suka tahu tak. Jangan la buat macam tu lagi. Kita kan belum nikah lagi. Tak elok la..” sempat aku ingatkan dia.
            “Kalau tak nak Asy buat lagi,jangan merajuk. Kalau tak,tengok la apa Asy nak buat. Lagipun,Ira kena ingat tau. Ira ada sembilan nafsu. Asy ada satu je nafsu. Tapi nafsu Asy tertumpu kat ira je. Jangan la goda Asy. Walaupun Ira tak goda,tapi senyuman Ira tu menggoda tau. Geram Asy tengok sebab tu Asy cium. Akhirnya,kita yang berdoasa. Asy minta maaf ok?” terangnya atas kekhilafannya sebentar tadi. Itulah Asyraf. Dia selalu serba salah dengan hubungan kami. Sebab itu dia nak kami cepat-cepat kahwin. Nak mengelak daripada terus melakukan dosa. Dia sentiasa tewas denganku dan aku juga sama,tewas apabila bersamanya. Namun,Alhamdulillah sehingga kini kami masih dapat menagawal kewarasan kami untuk tidak melakukan perkara ‘itu’.
            Sungguh aku mengerti gelodak jiwanya. Sebab tu la Islam menyuruh kita kahwin kalau dah cukup syarat. Dalam islam ada tiga perkara yang harus dipercepatkan. Pertama,jika terdengar azan maka awalkanlah solat. Kedua,jika ada kematian maka percepatkanlah kebumikan jenazah. Dan yang ketiga,jika ibu bapa mempunyai anak perempuan yg telah cukup syarat unruk dikahwinkan maka cepatkanlah nikahkannya. Kalau tak kahwin dan iman pun tak kuat,terlanjur la jawabnya. Dunia sekarang ni ramai tau yang terlanjur tapi tak jadi kahwin. Ya Allah..takutnya aku. Lindungi dan berkatilah hubungan kami. Bukalah pintu hati kami untuk bertaubat. Agar kami dapat meneruskan perjuangan ini. ‘Aku mencintainya.. aku menyayanginya dan aku amat merindui belaiannya.. satukan kami, ya Allah..’ doaku ringkas di dalam hati. Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.

Thursday 19 April 2012

SESUCI QASEH HUMAIRAH BAB 1


1
            Jam di dinding jelas menunjukkan tepat pukul 8.35 pagi. Aku masih di hadapan cermin hias memerhati penampilanku. Baju kurung riau berwarna hijau pucuk pisang kesukaanku aku sempurnakan lagi dengan tudung bawal hitam yang baru aku beli semalam. Cukup! Aku sudah bersedia untuk ke tempat kerja.
             Hari ini penampilanku agak berbeza kerana ada sedikit majlis dekat tempat kerja. Bos besar dah nak bertukar ke jabatan lain. Selalunya aku hanya memakai pakaian bewarna hitam atau putih memandangkan tugasku adalah sebagai peguam. Aku hanyalah peguam di bahagian syariah. Dari dulu aku tidak mahu terlibat dengan jenayah ataupun menguruskan hal-hal jenayah. Aku takut tersalah membela orang yang sememangnya bersalah. Manalah tahu kot-kot aku bela pembunuh ke perogol ke apa... Eee…seram..
            Ketika lampu isyarat bertukar merah,sebuah kereta sport jenama Lotus Evora bewarna silver berhenti di sebelah keretaku yang tak seberapa. Aku hanya memakai kereta Inspira. ‘Ala..kau ingat aku tak mampu ke nak pakai kereta macam kau. Aku sokong jenama Malaysia. Tu pasal aku guna kereta Malaysia. Lagi pun..Inspira nie keluaran terbaru ok..haha.’ Syaira bermonolog sendirian.
             Diam-diam sempat juga aku kerling pemandu kereta mewah tu. Rambutnya asli,tak Nampak macam pakai krim pun. Kulitnya..wah..tak payah cakap,mengalahkan aku. Putih melepak beb.. wow..perfect nie. Tapi,bila aku pandang penumpang disebelahnya,naik geli bulu tengkuk aku. Selambanya dia orang main kissing-kissing dalam kereta tu. Malaysia ikut teknologi barat. Tapi budaya ikut timur tau. Apa nie main kiss sesuka hati. Huh..mintak jauh la..
            Sesampainya aku di pejabat, telefon bimbitku berdering.
            “ya,Asy..ira dah sampai la. Jangan la risau,tak ada pun orang nak kacau ira..ira kan naik kereta tadi” Walaupun rimas dengan sikapnya yang terlalu mengambil berat,aku tetap bahagia.
            “nanti kita lunch sama tau. Bye… I love you..mmmuaahhhh!” tanpa sempat aku membalas,terus dimatikan panggilannya. Isy..budak ni,selalu macam ni. Geram tau. Nak tak nak,terpaksalah aku siapkan kerja yang berlambak ni secepat mungkin. Cik abang sorang tu bukannya nak tanya aku ni busy ke tak. Tapi suka jugak aku. Dapat flying kiss..hehe. malu lah..
            “woi..apasal kau tersengih sorang-sorang macam kambing tua ni?” Tanya Adha yang curi-curi dengar perbualanku sebentar tadi. Bukannya aku tak tahu dia dengar,tapi disebabkan dah terbiasa dengan perangainya itu,aku biarkan sahaja. Lain la kalau masa tu benda yang aku nak cakap tu personal. Baru aku lari.. lagipun memang silap aku pergi berbual depan meja dia tadi.
            “ala..biarkan je la,Adha..jap lagi boleh makan nasi minyak la kita”sampuk pula si Syida.
            “dah la tu..kau orang nie memang tau. Malu aku..kau tengok muka aku. Muka malu ni tau. Aku nak masuk bilik ni. Nanti kau bagitahu Su yang aku nak dia bawa file-file yang aku suruh dia sediakan masuk kat bilik aku. Aku nak siapkan kerja ni. Pas tu nak gi dating..werkkk!”  semua teman sepejabatku sudah mula ketawa dengan telatahku. Itu lah aku yang bersifat ‘gila-gila’. Aku lebih senang berteman dengan pekerja-pekerja bawahan daripada pegawai tinggi. Mereka pun aku tak bagi panggil ‘cik’. Cukup la panggil macam kawan-kawan biasa. Selesa sikit. Lagipun mereka tu bukannya kuno sangat. Mereka juga manusia. Mereka atau aku berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
            Banyak betul kerja aku hari nie. Kedengaran pintu diketuk dari luar.
            “ya..masuk”jawabku ringkas.

            “ya,puan..apa masalah puan. Ceritakan dari awal mungkin setiap patah perkataan yang puan ceritakan tu dapat saya jadikan point untuk membela puan” jelasku..melihat mata wanita dihadapanku yang bengkak jelas menunjukkan bahawa dia baru sahaja menangis dan kurang tidur. Besar masalah ni. Kena pasang telinga elok-elok ni.
            “cik,saya tak pasti cik dapat tolong saya atau tidak. Tapi saya dah penat guna cara sendiri untuk selesaikan masalah rumahtangga saya ni.” Wanita itu merembeskan air matanya.
            “sabar,puan. Peguam Syarie berperanan membantu melancarkan segala urusan anak guamnya berkaitan Mahkamah Syariah. Sebagai pemudah cara, saya sepatutnya membimbing anak guam saya supaya kes yang dibawa dapat diselesaikan dengan berkesan. Jadi,saya akan berusaha untuk membela nasib anak guam saya terutamanya wanita sebab kita sedia maklum wanita hari ini sering ditindas.” Panjang lebar aku menerangkan tugasku sebagai peguam syarie agar difahaminya.
            Tiap-tiap hari banyak sangat kes penderaan,suami tak bagi nafkah,berebut hak penjagaan anak. Kenapalah lelaki zaman sekarang suka tanam tebu tepi bibir. Mula-mula kenal janji itu,janji ini. Isteri nak apa sumua bagi. Layan perempuan macam permaisuri. Lepas tu mula la pukul. Buat isteri ni macam hamba. Betul la orang kata,lebih baik kahwin dengan hamba tetapi dilayan seperti permaisuri daripada berkahwin dengan raja tapi dilayan seperti hamba.
             Harap-harap Asyraf aku tak macam tu. Lagipun dah lama aku kenal dia. Dari zaman sekolah lagi tu. Walaupun kami tak belajar di sekolah yang sama,tapi aku kenal siapa dia. Dia seorang ketua pelajar di sekolahnya dulu. Dia juga pelajar cemerlang dan sering menjadi imam di masjid sekolahnya. Sebab dia pelajar cemerlang la 5 tahun kami berjauhan kerana dia menyambung pelajarannya di United Kingdom. Selama tempoh tu nasib baik ada skype yang menghubungkan kami. Sepanjang disana,bukannya aku tak tahu ramai perempuan yang duk cuba-cuba nak ambik dia dari aku. Maklum la..muka macam mat salleh. Tinggi lampai..mata hazel nut..bibir merah tanda tidak merokok.. kulit??fuh..kalah kulit aku.. punya la putih. Aku kena ambik pendekatan awal nie. ‘Erm..guna lah Fair n Lovely untuk kulit cerah menawan.’ Hahaha.
            Ala..aku pun ramai peminat jugak la..sepanjang aku belajar,ramai yang mintak couple dengan aku tau. Siap ada yg hantar rombongan kat rumah nak pinang aku. Kira hebat la jugak aku ni kan. Nasib baik aku nie setia setengah mati.
            Apa-apa hal pun.. lagi 5 bulan aku akan BERKAHWIN dengan Asyraf. Bahagianya…….. J
            Tiba-tiba telefonku bordering tanda ada pesanan ringkas nak masuk. Sah..mesti cik abe aku ni.
            Asy sampai kat pejabat ira pukul 5.15 tepat. Asy tunggu.. rindu sangat nie,cepat turun tau.. Asy bagi masa 2minit paling lewat,kalau lambat,Asy cium!! Werkkkkk… *-* ’
            Isy..geramnya aku. Selalu macam ni tau. Suka buat aku tersepit antara dia dengan kerja. Dah la esok kene hantar report. Suka ugut-ugut orang macam tu. Jage la dia dalam kereta nanti. Nak cubit kuat-kuat. Aku terus membalas sms darinya.
            ‘sabar ye,syg.. pukul 7 ira turun. Cium la kalau berani..hahahaha’ aku tahu dia tak kan berani buat aku macam tu.