=.=

Friday 11 May 2012

Sesuci Qaseh Humairah -bab 3


3
            Asyraf memberhentikan Viosnya di perkarangan Restoran Mawar. Dia keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta di sebelah untukku. Dia selalu melayan aku bagaikan puteri. Kadang kala makan pun dia nak suap. Dia pun apa tidaknya. Manja jugak. Lagi-lagi kalau masa tu dia merajuk. Memang kena double ar cara pujuknya. Kalau orang tak kenal Asyraf,pasti ada yang tidak percaya Asyraf adalah seorang yang manja. Sikapnya keanak-anakan. Tetapi apabila berdepan dengan masalah,dia akan jadi lebih matang dari aku.

            Kami memilih untuk duduk di sudut paling belakang kerana semua tempat telah penuh. Kebetulan ketika itu ada pekerja di syarikat yang berdekatan mengadakan majlis di restoran itu. Jadi,bahagian hadapan sudah dipenuhi oleh mereka. Tinggalah meja di bahagian paling hujung untuk kami duduk makan sambil sambung balik gaduh.hahaha.

            Masing-masing mendiamkan diri. Bisu tanpa bicara sedikit pun.

            “Asy..Nape diam?? Pujuk la Ira lagi.. Ira merajuk ni.. Tak romantic langsung. Orang pujuk la betul-betul. Buat sampai Ira senyum. Isy..” aku mencebik bibir tanda memprotes tidak mahu mengalah. Biar dia yang pujuk aku. Dia yang buat salah takkan aku nak ok macam tu je kot. Jual mahal ar sikit. Baru ada class.haha. Namun dia masih diam seribu bahasa.

            “Ye la..Ye la.. Ira mengalah.. Salah Ira..Ira yang senyum menggoda kan tadi walaupun tak ada niat nak menggoda pun. Asy kiss Ira,tapi Ira yang salah kan. Tak ada tolak ansur langsung.”geram aku dibuatnya. Asyik aku je kene mengalah. Salah dia pun aku jugak yang kena mengalah. Tak adil tahu tak.

            “Tengok tu ar..pujuk orang pun tak ikhlas. Ira kena berlatih dari sekarang tau untuk buat suami gembira. Kena pandai ambik hati suami. Kalau suami gembira,pahalanya besar tau” jelasnya dengan wajah yang serius.

            “Ira minta maaf.. Ira selalu buat salah. Maafkan Ira ke,bucuk.. Janji tak merajuk dah. Tapi kalau Asy buat lebih dari tu Ira tak nak maafkan Asy lagi.” Aku mencapai tangannya sambil memujuk. Mesti berkesan ni..

            “Buat lebih dari tu,tu macam mana ye?terangkan sikit..” sengaja Asy berkata begitu untuk membuat aku malu.

             Belum sempat aku menjawab,tiba-tiba seorang wanita datang ke meja kami. Melihatkan cara pemakaiannya,mesti perempuan gedik ni. Jalan lenggang-lenggang. Gincu merah menyala. Mata tu sengaja nak kelip-kelip biar lelaki tergoda. Menyampah aku tengok. Tapi cun jugak awek ni.

            “Hai..you Syed Asyraf  Naqif anak Dato’ Jamal kan? You tak kenal I ke? Kita kan sekolah sama-sama dulu. Farah.. Farah Nadia. I pun pengawas sekolah jugak dulu.” Wanita seksi itu menghulurkan tangannya kepada Asyraf,namun tidak disambut. Asyraf hanya menghadiahkan senyuaman kepadanya.

            “Ops..lupa.. you still jadi macam ‘ustaz’ ke sekarang ni?”sambil tergelak sempat lagi dia kerling aku..

            “Ala you ni..macam la I tak nampak you pegang tangan perempuan sebelah you tu. Tak kan salam dengan I pun tak boleh kot.”

             “Perkenalkan perempuan yang dekat sebelah I ni ada nama. Nama dia Syaira. You boleh panggil dia Ira. Dia tu bakal isteri I. Lagi 5 bulan kami akan melangsungkan perkahwinan kami. Nanti I hantar kad kahwin kami dekat you ok” aku terasa seolah nak tergelak melihat wajah keputihan perempuan itu menjadi kemerahan kerana menahan marah dan malu. Tu la pasal.. nak cari pasal sangat. Kan diri sendiri yang termalu.haha.

             “Ok. I pergi dulu. Kirim salam dekat Nek Mal tau? Hari tu dia ada jugak jumpa I. Dia datang jumpa mama I. Katanya nak jodohkan cucu sulung dia dengan I. Tapi I tak pasti la pulak berapa banyak cucu lelaki yang dia ada. I Cuma kenal you je sebagai cucu lelaki dia. Bye,baby!”

            Tiba-tiba terasa air mata ini hampir tertumpah menahan sebak di dada. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Aku sedar selama ni Nek Mal tak pernah sukakan aku. Dia mahukan seorang menantu yg berasal dari keluarga yg berada. Aku hanya anak seorang guru yg bukan berstatus dato’. Ibuku hanya suri rumah. 

Namun,tidakkah dia sedar komitmen seorang guru dalam mendidik anak bangsa? Tanpa guru, pemerinah tidak akan mampu memerintah dengan bijak. Tanpa guru, perdana menteri tidak akan mampu mentadbir usrusan Negara dengan baik. Tanpa guru anak dia yg ada kat sebelah aku ni tidak akan mampu menjawab jawatan yang sedang dia sandang sekarang nie walaupun syarikat itu milik keluarganya sendiri. Dan tanpa dia sedar dia pun takkan dapat pegang pangkat datin. Aku pun sama. Mana mungkin aku mampu menjadi seorang peguam kalau aku tidak belajar dari seorang yang bernama guru.

            Lagi pun aku sedar aku tidaklah sehebat si perempuan gedik tu. Aku seorang yang simple. Sentiasa memakai tudung litup menutupi bahagian dada. Tidak suka berpakaian ketat dan lebih suka berbaju kurung. Aku juga bukanlah seorang yang pandai membuat pemilihan warna. Memandangkan tugasku sebagai peguam,aku lebih banyak mengenakan pakaian seraba hitam dan putih pada setiap hari. Kecuali jika ada sebarang majlis atau keluar makan malam bersama dengan kakitangan pejabat dan Asyraf. Aku juga mula memakai sarung kaki setelah ditegur oleh Asyraf tentang aurat wanita islam yang sebenarnya. 

Asyaraf tidak pernah kisah tentang cara pemakaianku selagi aku berpakaian sopan dan menutup aurat. Aku pun tak faham apa kena dengan perempuan-perempuan melayu zaman sekarang. Lebih suka dedah sana dedah sini. Pakai pakaian macam bungkus nangka pun ada. Nampak bentuk badan. Dunia sudah akhir zaman. Wanita berpakaian tetapi seolah-olah telanjang. Sebab tu statistik rogol dalam Negara kita ni semakain meningkat. Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh jugak. Perempuan juga bersalah kerana mempamerkan bentuk tubuh  mereka di hadapan lelaki. Ya Allah kekalkanlah aku dengan cara pemakaian sebegini.

 Tapi……kenapa kami tak boleh elak daripada bersentuhan??? Terasa diri ini terlalu lemah walaupun aku menutup aurat sepenuhnya… Aku perlu berubah… Aku tak mahu suatu hari nanti anak-anakku meniru gelagat aku semasa muda. Ya,Allah..besarnya dosaku.

            Terkejut aku tatkala merasa ada objek kasar tetapi dingin dan penuh keasyikan menyeka air mataku. Asyraf menyeka air mataku yang mengalir dari tadi.
  
“Maafkan Asy,Ira.. Asy tak tahu apa-apa pun pasal ni. Lagipun ni kali pertama Asy jumpa Farah selepas Asy balik dari UK dulu. Setahu Asy,Farah sambung belajar di Universiti Al- Azhar dekat Mesir. Tak tahu pulak Asy dia boleh balik dengan perangai yang macam ni. Ira pun tahu kan nenek rapat dengan mami Farah tu. Tapi sumpah,Asy tak tahu apa yang mereka dah rancang tanpa pengetahuan Asy.

        Dah la ke? Balik nanti Asy akan bincang isu ni dengan nenek. Jangan la nangis lagi. Nanti hilang seri pengantin. Senyum sikit. Tak comel la bakal isteri Asy ni kalau muncung macam ni. Senyum,syg..” kata-katanya sering kali membuat aku terbuai dan terleka. Hilang segala yang bermain dikepala buat seketika. Aku melirikkan senyumam kepadanya. Senyuman penuh keikhlasan dari seorang bakal isterimu.

No comments:

Post a Comment