=.=

Friday 11 May 2012

Sesuci Qaseh Humairah -bab 3


3
            Asyraf memberhentikan Viosnya di perkarangan Restoran Mawar. Dia keluar dari kereta dan terus membuka pintu kereta di sebelah untukku. Dia selalu melayan aku bagaikan puteri. Kadang kala makan pun dia nak suap. Dia pun apa tidaknya. Manja jugak. Lagi-lagi kalau masa tu dia merajuk. Memang kena double ar cara pujuknya. Kalau orang tak kenal Asyraf,pasti ada yang tidak percaya Asyraf adalah seorang yang manja. Sikapnya keanak-anakan. Tetapi apabila berdepan dengan masalah,dia akan jadi lebih matang dari aku.

            Kami memilih untuk duduk di sudut paling belakang kerana semua tempat telah penuh. Kebetulan ketika itu ada pekerja di syarikat yang berdekatan mengadakan majlis di restoran itu. Jadi,bahagian hadapan sudah dipenuhi oleh mereka. Tinggalah meja di bahagian paling hujung untuk kami duduk makan sambil sambung balik gaduh.hahaha.

            Masing-masing mendiamkan diri. Bisu tanpa bicara sedikit pun.

            “Asy..Nape diam?? Pujuk la Ira lagi.. Ira merajuk ni.. Tak romantic langsung. Orang pujuk la betul-betul. Buat sampai Ira senyum. Isy..” aku mencebik bibir tanda memprotes tidak mahu mengalah. Biar dia yang pujuk aku. Dia yang buat salah takkan aku nak ok macam tu je kot. Jual mahal ar sikit. Baru ada class.haha. Namun dia masih diam seribu bahasa.

            “Ye la..Ye la.. Ira mengalah.. Salah Ira..Ira yang senyum menggoda kan tadi walaupun tak ada niat nak menggoda pun. Asy kiss Ira,tapi Ira yang salah kan. Tak ada tolak ansur langsung.”geram aku dibuatnya. Asyik aku je kene mengalah. Salah dia pun aku jugak yang kena mengalah. Tak adil tahu tak.

            “Tengok tu ar..pujuk orang pun tak ikhlas. Ira kena berlatih dari sekarang tau untuk buat suami gembira. Kena pandai ambik hati suami. Kalau suami gembira,pahalanya besar tau” jelasnya dengan wajah yang serius.

            “Ira minta maaf.. Ira selalu buat salah. Maafkan Ira ke,bucuk.. Janji tak merajuk dah. Tapi kalau Asy buat lebih dari tu Ira tak nak maafkan Asy lagi.” Aku mencapai tangannya sambil memujuk. Mesti berkesan ni..

            “Buat lebih dari tu,tu macam mana ye?terangkan sikit..” sengaja Asy berkata begitu untuk membuat aku malu.

             Belum sempat aku menjawab,tiba-tiba seorang wanita datang ke meja kami. Melihatkan cara pemakaiannya,mesti perempuan gedik ni. Jalan lenggang-lenggang. Gincu merah menyala. Mata tu sengaja nak kelip-kelip biar lelaki tergoda. Menyampah aku tengok. Tapi cun jugak awek ni.

            “Hai..you Syed Asyraf  Naqif anak Dato’ Jamal kan? You tak kenal I ke? Kita kan sekolah sama-sama dulu. Farah.. Farah Nadia. I pun pengawas sekolah jugak dulu.” Wanita seksi itu menghulurkan tangannya kepada Asyraf,namun tidak disambut. Asyraf hanya menghadiahkan senyuaman kepadanya.

            “Ops..lupa.. you still jadi macam ‘ustaz’ ke sekarang ni?”sambil tergelak sempat lagi dia kerling aku..

            “Ala you ni..macam la I tak nampak you pegang tangan perempuan sebelah you tu. Tak kan salam dengan I pun tak boleh kot.”

             “Perkenalkan perempuan yang dekat sebelah I ni ada nama. Nama dia Syaira. You boleh panggil dia Ira. Dia tu bakal isteri I. Lagi 5 bulan kami akan melangsungkan perkahwinan kami. Nanti I hantar kad kahwin kami dekat you ok” aku terasa seolah nak tergelak melihat wajah keputihan perempuan itu menjadi kemerahan kerana menahan marah dan malu. Tu la pasal.. nak cari pasal sangat. Kan diri sendiri yang termalu.haha.

             “Ok. I pergi dulu. Kirim salam dekat Nek Mal tau? Hari tu dia ada jugak jumpa I. Dia datang jumpa mama I. Katanya nak jodohkan cucu sulung dia dengan I. Tapi I tak pasti la pulak berapa banyak cucu lelaki yang dia ada. I Cuma kenal you je sebagai cucu lelaki dia. Bye,baby!”

            Tiba-tiba terasa air mata ini hampir tertumpah menahan sebak di dada. Benarkah apa yang aku dengar tadi? Aku sedar selama ni Nek Mal tak pernah sukakan aku. Dia mahukan seorang menantu yg berasal dari keluarga yg berada. Aku hanya anak seorang guru yg bukan berstatus dato’. Ibuku hanya suri rumah. 

Namun,tidakkah dia sedar komitmen seorang guru dalam mendidik anak bangsa? Tanpa guru, pemerinah tidak akan mampu memerintah dengan bijak. Tanpa guru, perdana menteri tidak akan mampu mentadbir usrusan Negara dengan baik. Tanpa guru anak dia yg ada kat sebelah aku ni tidak akan mampu menjawab jawatan yang sedang dia sandang sekarang nie walaupun syarikat itu milik keluarganya sendiri. Dan tanpa dia sedar dia pun takkan dapat pegang pangkat datin. Aku pun sama. Mana mungkin aku mampu menjadi seorang peguam kalau aku tidak belajar dari seorang yang bernama guru.

            Lagi pun aku sedar aku tidaklah sehebat si perempuan gedik tu. Aku seorang yang simple. Sentiasa memakai tudung litup menutupi bahagian dada. Tidak suka berpakaian ketat dan lebih suka berbaju kurung. Aku juga bukanlah seorang yang pandai membuat pemilihan warna. Memandangkan tugasku sebagai peguam,aku lebih banyak mengenakan pakaian seraba hitam dan putih pada setiap hari. Kecuali jika ada sebarang majlis atau keluar makan malam bersama dengan kakitangan pejabat dan Asyraf. Aku juga mula memakai sarung kaki setelah ditegur oleh Asyraf tentang aurat wanita islam yang sebenarnya. 

Asyaraf tidak pernah kisah tentang cara pemakaianku selagi aku berpakaian sopan dan menutup aurat. Aku pun tak faham apa kena dengan perempuan-perempuan melayu zaman sekarang. Lebih suka dedah sana dedah sini. Pakai pakaian macam bungkus nangka pun ada. Nampak bentuk badan. Dunia sudah akhir zaman. Wanita berpakaian tetapi seolah-olah telanjang. Sebab tu statistik rogol dalam Negara kita ni semakain meningkat. Nak salahkan lelaki sepenuhnya pun tak boleh jugak. Perempuan juga bersalah kerana mempamerkan bentuk tubuh  mereka di hadapan lelaki. Ya Allah kekalkanlah aku dengan cara pemakaian sebegini.

 Tapi……kenapa kami tak boleh elak daripada bersentuhan??? Terasa diri ini terlalu lemah walaupun aku menutup aurat sepenuhnya… Aku perlu berubah… Aku tak mahu suatu hari nanti anak-anakku meniru gelagat aku semasa muda. Ya,Allah..besarnya dosaku.

            Terkejut aku tatkala merasa ada objek kasar tetapi dingin dan penuh keasyikan menyeka air mataku. Asyraf menyeka air mataku yang mengalir dari tadi.
  
“Maafkan Asy,Ira.. Asy tak tahu apa-apa pun pasal ni. Lagipun ni kali pertama Asy jumpa Farah selepas Asy balik dari UK dulu. Setahu Asy,Farah sambung belajar di Universiti Al- Azhar dekat Mesir. Tak tahu pulak Asy dia boleh balik dengan perangai yang macam ni. Ira pun tahu kan nenek rapat dengan mami Farah tu. Tapi sumpah,Asy tak tahu apa yang mereka dah rancang tanpa pengetahuan Asy.

        Dah la ke? Balik nanti Asy akan bincang isu ni dengan nenek. Jangan la nangis lagi. Nanti hilang seri pengantin. Senyum sikit. Tak comel la bakal isteri Asy ni kalau muncung macam ni. Senyum,syg..” kata-katanya sering kali membuat aku terbuai dan terleka. Hilang segala yang bermain dikepala buat seketika. Aku melirikkan senyumam kepadanya. Senyuman penuh keikhlasan dari seorang bakal isterimu.

Monday 7 May 2012

KITA IKUT AL QURAN DAN SUNNAH BUKAN IKUT POLITIK~

baru2 nie keluar kat tv3 pasal jatuh hukum haram berdemonstrasi yg mengakibatkan kemusnahan harta benda dan mengganggu kemanan..

yup..sangat2 setuju... tapi,kite xperlu la nak fokus kpd BERSIH sahaja.. sbb klu nak ikut hukum haram nie,banyak benda yg dibuat kat malaysia nie adalah haram... contohnya buat persembahan2..jemput artis tak tutup aurat... kalau nak ikutkan,berhibur dgn cara begitu... berdosa kan??

PEMBANGKANG
apabila keluar isu mcm nie sibuk duk cakap pasal kenapa bersih j yg dikatakan haram??? kenapa bukan benda2 yg kerajaan buat tu tidak dikatekan haram?? cth: JOM HEBOH..

*kite perlu sedar..apabila dikeluarkan fatwa yg menjadi sumber rujukan kat sesebuah negara nie kite kene ikut selagi ianya berteraskan al quran dan sunnah... yup..memang benar jatuh hukum haram buat demonstrasi yg mengakibatkan kemusnahan harta benda.. TETAPI, pada hari ini ketelusan media dan juga ketelusan pihak2 tertentu sukar utk kite dapat.. disisarkan di TV BERSIH haram.. tp,dselindungkan perkara2 yg dah lama menjadi haram itu.. itulah politik..
-maka dengan ini saya sokong TUNTUTAN BERSIH..

KERAJAAN
kalau tak nak org ramai terlibat dgn benda2 mcni.. tunjukkan teladan yg baik kepada mereka.. tak dinafikan,kerajaan telah menbawa nama negara dan insyaAllah negara yg membangun ini mampu mncapai negara yg maju pada 2020.. soal hukum haram ini..megapa menjadi pertikaian??

*isu nie jadi pertikaian sbb wujud unsur politik dalam penyampaian... sekali lagi saya tegaskan... hukum ini tdk salah dan saya tdk menolak hukum ini... namun,kite harus sedar... kite perlu kesamarataan.. bertindak berdasarkan agama yg suci..hukum2 lain pun..memang majlis2 pengeluar fatwa nie dah keluarkan hukum utk majlis2 atau ap2 hal yg berkaitan dgn maksiat adalah haram..namun,media tdk menjadikannya sbg isu2 sensasi.. itulah politik..
-maka dengan ini saya KURANG BERSETUJU DGN PELAKSANAAN BERSIH..

PENDAPAT
saya rasa tdk perlu la kite bertengkar lagi mengenai BERSIH... sy yakin..tuntutan bersih adalah perlu dipertimbangkan.. namun,cara pelaksanaan tu sy xtahu nak komen sbb xnak nak la berlebihan..saya tiada ditempat tersebut masa kejadian itu berlaku.. kalau tgk video2 dari pihak kanan,tunjuk pasal keganasan peserta bersih..kalau tgk video2 belah kiri,tunjuk pasal keganasan polis.. video2 tu mungkin tdk mnipu.. tak perlu la kite nak berat sebelah..saling nak menunding jari.. saya yakin kedua2 pihak pasti ada salah dan benarnya..

saya tidak mahu lagi berlaku pertengkaran mengenai isu ini..tolonglah....

mengundi itu wajib.. atas kalian la nak mengundi hijau,biru atau ape2 kaler skalipun..
tapi jangan la terlalu obses dgn politik...

kita ikut al quran dan sunnah...
kite ikut ajaran nabi...
kite ikut ulama'...
tp kite islam tdk mengikut mana2 politik...

islam agama yg suci...jgn cemarinya...
malaysia negara yg demokrasi....jgn wujud unsur2 berat sebelah...

*saya melihat setiap politik ada kemaslahatan dan kekhilafannya...
sbb kite hanya manusia biasa...tiada yg sempurna~

Saturday 5 May 2012

MAK~

Mak : Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?
Anak : Sebab saya anak mak kan????... hehehe..
Mak : Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu..
Anak : Apa tu mak?
Mak : Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti..
Anak : Mak! Janganlah...
Mak : Jadi anak soleh/solehah ye.. mak perlukan doamu di sana nak.. (Lantas si ibu mengalirkan air mata cinta :)
 
*kasih ibu sampai ke syurga.. jangan hampakan hasrat,impian ibu kita..
*semoga bakal anak2 ku...anak2 anda semua mampu menjadi penyelamat kita di alam kubur nant.. 

LiKu-LiKu KeHiDuPaN~

hidup nie terlalu banyak liku dan ujian di setiap persimngan... ada kalanya jalan tu lurus je.. tenang rasanya.. sehingga bisa buat kite terbuai dan terleka.. sampai nanti terbabas di persimpangan yang mendatang..

di setiap laluan,kita temui pelbagai jenis pokok.. ada yang dahannya kering.. ada yang lebat daunnya.. dan ada juga yang berbuah dan berbunga ceria..begitulah kehidupan..dalam dunia nie macam2 jenis manusia ada.. ada manusia yang hebat..ada juga yang tiada keupayaan.

tapi,masih ramai yang melaluinya.. kenapa? sebab bukan hidup kita seorang sahaja yang berliku.. hidup orang lain juga banyak likunya.. yang membezakan cara kita menyelesaikan masalah dan halangan2 yang timbul untuk sampai ke destinasinya.. kalau kena pada caranya,selamatlah... kalau tidak?? pasti kita akan merana.

merana?Allah sudah memberikan jalan juga kepada orang2 yang di dalam kesusahan itu.. kesedihan dan kelukakaan itu ada ubatnya.. lumrah manusia..kadang2 kite tersilap pilih haluan yang ingin kita capai.. kite temui banyak manusia dan banyak juga ragamnya..
 kalau yang baik,biark]lah dijadikan contoh..kalau yg buruk,biarlah dijadikan pengajaran..

islam datang utk mendidik kita menjadi seorang yang sabar,tabah dan cekal.. tak bermakna org yang suke menangis itu,lemah.. macam sekarang..aku menangis... adakah bermakna aku lemah? tidak....jika benar aku lemah,aku takkan bisa meneruskan kehidupan ini.. kita dikelilingi oleh org2 yg menyayangi kita...

teman,andai kamu adalah keluarga,sahabat dan juga insan2 yg aku sayangi.. 3hal yg xmungkin aku bantah.. Islam, keluarga dan pendidikanmu.. teruskan apa yg 3hal ini tuntut.. jika islam meminta kamu menjauhiku,maka jauhilah aku.. jika ibumu meminta kamu tidak memilih aku,lupakanlah aku.. andai pendidikan memaksa kamu utk tinggalkanku,maka tinggallah aku..

aku akan cukup bahagia jika kamu juga bahagia.. teman,saat ini aku seolah2 tidak berperasaan.. aku sendiri tdk tahu ape yg aku rasa.. tp,ingatlah..aku sentiasa menginginkan yg terbaik buatmu..

kerna kau sahabat...kau teman sejati~ :)