=.=

Thursday 19 April 2012

SESUCI QASEH HUMAIRAH BAB 1


1
            Jam di dinding jelas menunjukkan tepat pukul 8.35 pagi. Aku masih di hadapan cermin hias memerhati penampilanku. Baju kurung riau berwarna hijau pucuk pisang kesukaanku aku sempurnakan lagi dengan tudung bawal hitam yang baru aku beli semalam. Cukup! Aku sudah bersedia untuk ke tempat kerja.
             Hari ini penampilanku agak berbeza kerana ada sedikit majlis dekat tempat kerja. Bos besar dah nak bertukar ke jabatan lain. Selalunya aku hanya memakai pakaian bewarna hitam atau putih memandangkan tugasku adalah sebagai peguam. Aku hanyalah peguam di bahagian syariah. Dari dulu aku tidak mahu terlibat dengan jenayah ataupun menguruskan hal-hal jenayah. Aku takut tersalah membela orang yang sememangnya bersalah. Manalah tahu kot-kot aku bela pembunuh ke perogol ke apa... Eee…seram..
            Ketika lampu isyarat bertukar merah,sebuah kereta sport jenama Lotus Evora bewarna silver berhenti di sebelah keretaku yang tak seberapa. Aku hanya memakai kereta Inspira. ‘Ala..kau ingat aku tak mampu ke nak pakai kereta macam kau. Aku sokong jenama Malaysia. Tu pasal aku guna kereta Malaysia. Lagi pun..Inspira nie keluaran terbaru ok..haha.’ Syaira bermonolog sendirian.
             Diam-diam sempat juga aku kerling pemandu kereta mewah tu. Rambutnya asli,tak Nampak macam pakai krim pun. Kulitnya..wah..tak payah cakap,mengalahkan aku. Putih melepak beb.. wow..perfect nie. Tapi,bila aku pandang penumpang disebelahnya,naik geli bulu tengkuk aku. Selambanya dia orang main kissing-kissing dalam kereta tu. Malaysia ikut teknologi barat. Tapi budaya ikut timur tau. Apa nie main kiss sesuka hati. Huh..mintak jauh la..
            Sesampainya aku di pejabat, telefon bimbitku berdering.
            “ya,Asy..ira dah sampai la. Jangan la risau,tak ada pun orang nak kacau ira..ira kan naik kereta tadi” Walaupun rimas dengan sikapnya yang terlalu mengambil berat,aku tetap bahagia.
            “nanti kita lunch sama tau. Bye… I love you..mmmuaahhhh!” tanpa sempat aku membalas,terus dimatikan panggilannya. Isy..budak ni,selalu macam ni. Geram tau. Nak tak nak,terpaksalah aku siapkan kerja yang berlambak ni secepat mungkin. Cik abang sorang tu bukannya nak tanya aku ni busy ke tak. Tapi suka jugak aku. Dapat flying kiss..hehe. malu lah..
            “woi..apasal kau tersengih sorang-sorang macam kambing tua ni?” Tanya Adha yang curi-curi dengar perbualanku sebentar tadi. Bukannya aku tak tahu dia dengar,tapi disebabkan dah terbiasa dengan perangainya itu,aku biarkan sahaja. Lain la kalau masa tu benda yang aku nak cakap tu personal. Baru aku lari.. lagipun memang silap aku pergi berbual depan meja dia tadi.
            “ala..biarkan je la,Adha..jap lagi boleh makan nasi minyak la kita”sampuk pula si Syida.
            “dah la tu..kau orang nie memang tau. Malu aku..kau tengok muka aku. Muka malu ni tau. Aku nak masuk bilik ni. Nanti kau bagitahu Su yang aku nak dia bawa file-file yang aku suruh dia sediakan masuk kat bilik aku. Aku nak siapkan kerja ni. Pas tu nak gi dating..werkkk!”  semua teman sepejabatku sudah mula ketawa dengan telatahku. Itu lah aku yang bersifat ‘gila-gila’. Aku lebih senang berteman dengan pekerja-pekerja bawahan daripada pegawai tinggi. Mereka pun aku tak bagi panggil ‘cik’. Cukup la panggil macam kawan-kawan biasa. Selesa sikit. Lagipun mereka tu bukannya kuno sangat. Mereka juga manusia. Mereka atau aku berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja.
            Banyak betul kerja aku hari nie. Kedengaran pintu diketuk dari luar.
            “ya..masuk”jawabku ringkas.

            “ya,puan..apa masalah puan. Ceritakan dari awal mungkin setiap patah perkataan yang puan ceritakan tu dapat saya jadikan point untuk membela puan” jelasku..melihat mata wanita dihadapanku yang bengkak jelas menunjukkan bahawa dia baru sahaja menangis dan kurang tidur. Besar masalah ni. Kena pasang telinga elok-elok ni.
            “cik,saya tak pasti cik dapat tolong saya atau tidak. Tapi saya dah penat guna cara sendiri untuk selesaikan masalah rumahtangga saya ni.” Wanita itu merembeskan air matanya.
            “sabar,puan. Peguam Syarie berperanan membantu melancarkan segala urusan anak guamnya berkaitan Mahkamah Syariah. Sebagai pemudah cara, saya sepatutnya membimbing anak guam saya supaya kes yang dibawa dapat diselesaikan dengan berkesan. Jadi,saya akan berusaha untuk membela nasib anak guam saya terutamanya wanita sebab kita sedia maklum wanita hari ini sering ditindas.” Panjang lebar aku menerangkan tugasku sebagai peguam syarie agar difahaminya.
            Tiap-tiap hari banyak sangat kes penderaan,suami tak bagi nafkah,berebut hak penjagaan anak. Kenapalah lelaki zaman sekarang suka tanam tebu tepi bibir. Mula-mula kenal janji itu,janji ini. Isteri nak apa sumua bagi. Layan perempuan macam permaisuri. Lepas tu mula la pukul. Buat isteri ni macam hamba. Betul la orang kata,lebih baik kahwin dengan hamba tetapi dilayan seperti permaisuri daripada berkahwin dengan raja tapi dilayan seperti hamba.
             Harap-harap Asyraf aku tak macam tu. Lagipun dah lama aku kenal dia. Dari zaman sekolah lagi tu. Walaupun kami tak belajar di sekolah yang sama,tapi aku kenal siapa dia. Dia seorang ketua pelajar di sekolahnya dulu. Dia juga pelajar cemerlang dan sering menjadi imam di masjid sekolahnya. Sebab dia pelajar cemerlang la 5 tahun kami berjauhan kerana dia menyambung pelajarannya di United Kingdom. Selama tempoh tu nasib baik ada skype yang menghubungkan kami. Sepanjang disana,bukannya aku tak tahu ramai perempuan yang duk cuba-cuba nak ambik dia dari aku. Maklum la..muka macam mat salleh. Tinggi lampai..mata hazel nut..bibir merah tanda tidak merokok.. kulit??fuh..kalah kulit aku.. punya la putih. Aku kena ambik pendekatan awal nie. ‘Erm..guna lah Fair n Lovely untuk kulit cerah menawan.’ Hahaha.
            Ala..aku pun ramai peminat jugak la..sepanjang aku belajar,ramai yang mintak couple dengan aku tau. Siap ada yg hantar rombongan kat rumah nak pinang aku. Kira hebat la jugak aku ni kan. Nasib baik aku nie setia setengah mati.
            Apa-apa hal pun.. lagi 5 bulan aku akan BERKAHWIN dengan Asyraf. Bahagianya…….. J
            Tiba-tiba telefonku bordering tanda ada pesanan ringkas nak masuk. Sah..mesti cik abe aku ni.
            Asy sampai kat pejabat ira pukul 5.15 tepat. Asy tunggu.. rindu sangat nie,cepat turun tau.. Asy bagi masa 2minit paling lewat,kalau lambat,Asy cium!! Werkkkkk… *-* ’
            Isy..geramnya aku. Selalu macam ni tau. Suka buat aku tersepit antara dia dengan kerja. Dah la esok kene hantar report. Suka ugut-ugut orang macam tu. Jage la dia dalam kereta nanti. Nak cubit kuat-kuat. Aku terus membalas sms darinya.
            ‘sabar ye,syg.. pukul 7 ira turun. Cium la kalau berani..hahahaha’ aku tahu dia tak kan berani buat aku macam tu.

1 comment:

  1. Tiba-tiba telefonku bordering tanda ada pesanan ringkas nak masuk. Sah..mesti cik abe aku ni.

    ni novel pakai bahasa nogori ke ? borderingg haaa :DD hihi .sorry ,saja mengusik :DD

    syaira ,nama anak buah aku :))good job ira ,keep it up ! :D

    ReplyDelete