“jom kita cerai!!!” ni cerpen yang bakal aku hadiahkan untuk
suamiku..
Hai..nama aku Putri Sarah Alisa. Copp!! Aku bukan kerabat diraja
ok. ecehhh… macam ala-ala cerita puteri kat tv3 tu la pulak kan..hehe. Lagi 3
bulan setengah umur aku dah nak masuk 22 tahun. Aku graduan lepasan UiTM Sri
Iskandar,Perak. Lulusan Diploma Sains Geomatik. Kenapa aku ambil diploma
padahal result SPM aku gempak?? Hahaha.. sebab aku nak belajar sama universiti
dengan seorang mamat yang aku kenal ni. Nama dia Sufian. Tapi, tak sampai
sebulan belajar dia dah couple dengan orang lain. Ok..tak nak cite pasal tu.
Kita lupakan. Mesti ramai yang tak kenal apa benda yang aku belajar kan?? Haha.
Tak pe…meh aku nak jelaskan sikit. Aku belajar pasal astronomi, laut,tanah.
Nampak macam best kan? Teringin sangat nak sambung degree nanti bidang ni
jugak.
Tapi……… ayah aku bagi syarat. Kalau nak sambung degree,aku kena
kahwin dulu. Aku tahu parents aku sengaja bagi syarat macam ni sebab dia orang
nak tinggalkan aku 1 tahun kat Malaysia ni. Ayah kena bertugas dekat Australia.
Mak kena la teman ayah. Ala….tempat isteri kan disisi suami. Tu kata mak la
kan.. Memandangkan aku ni anak tunggal.
Parents aku nak aku kahwin sebab dia orang nak ada orang yang boleh jaga aku
sepanjang mereka tak ada kat sini. Katanya, aku mesti kahwin dengan orang yang
dah bekerja,lulusan luar Negara, dan anak sulung. Katanya anak pertama ni
biasanya bertanggungjawab. Boleh jada aku betul-betul. Amboi,demand nye…
Aku diberi masa 3 bulan. Setelah umur aku genap 22 tahun,aku mesti
kahwin. Bermakna aku kena sediakan calon secepat mungkin la sebab kalau aku tak
sediakan secepat mungkin,ayah nak kahwinkan aku dengan sepupu aku yang perasan
tahap cipan. Perasan bagus! Tak nak aku. Nanti anak-anak aku tak ada variasi.
Dari spisis sama je..
Ceritanya bemula begini………………..
“Una, kau tolong carikan aku sorang suami boleh tak? Aku nak kejap
je.. setahun cukup la. Pas tu aku ceraikan la dia.” Ujarku spontan tanpa
berfikir apa yang aku ucapkan tadi.
“Ha?? Suami? Setahun? Cerai? Kau giler ke? Kau ingat talak kat
tangan isteri ke?” habis tersembur air yang diminumnya kat muka aku. Huh.. buat
malu orang je kamu ni,Una. Dah la ramai orang duk tengok kat mcD ni.
Sambil mengeluh, “Aku kena kahwin. Kau tolong la carikan. Aku na
sangat sambung belajar. Aku minat gila bidang ni. Aku nak jadi Ahli Falak. Aku
nak minat astronomi. Kalau aku tak kahwin,aku tak boleh belajar. Bapak aku dah
letak syarat. Padahal dia saja je letak syarat macam tu sebab dia orang nak
tinggal aku kat Malaysia ni setahun. Ingat aku tak tahu ke..” panjang lebar aku
jelas kan dekat kawan aku sorang ni. Berharap agar dia boleh bantu aku yang
berada dalam kesusahan ni.
Di sebalik meja yang kami duduk ni. Terdengar dua orang lelaki
sedang bergaduh. Ada sorang perempuan bersamanya. Sah mesti macam cerita yang
dalam drama ni. Erm.. cinta tiga segi la ni.
“Una..jom…jom… diam… syyyy…….” Aku melatakkan jariku di
mulut,member isyarat kepada Una untuk diam sekejap.
“Weh,Sarah..kau tak ada kerja lain ke? Kau pergi pasang telinga
laki bini duk gaduh tu apesal? Nak cari gaduh ke weh? Dah la.. tak nak la aku
duk dekat kau kalau kau macam ni. Nanti tak pasal-pasal aku kena tempias.” Una
berbicara dengan cukup perlahan. Agaknya takut orang meja sebelah dengar.
“Ok..ok.. buat macam biasa je. Aku dah dengar apa benda yang buat
dia orang tu gaduh. Tu bukan laki bini la. Aku ingat cinta tiga segi tadi. Kau
tahu tak. Tadi,lelaki yang pakai cap,yang rendah sikit tu.. Dia tu abang si
perempuan seksi tu kot. Dia marah dekat lelaki yang macam berlagak tu. Yang
pakai baju macam nak gi meeting je. Tapi datang mcD.. macam tak kena tempat je.
Hmm.. menurut apa yang aku dengar kan, abang perempuan tu cakap yang adik dia
pregnant anak lelaki berlagak tu. Tapi si jantan tu pulak,tak nak mengaku.
Wah….cerita best ni. Kau diam tau aku nak pasang telinga ni.” Aku dah start
buat kerja gila balik dah. Aku memang sensitive bab-bab macam ni. Maklum la
dekat Universiti dulu aku ni anggota IMAD. Ala…yang macam AJK masjid gitu.
Huhu. Perasan~
Tiba-tiba…
Papppp!!!! Bunyi meja yang kami duduk tu di pukul oleh lelaki yang
pakai cap. Alamak….dah kantoi…
“Woi..asal kau pasang telinga kita orang duk berbincang. Ni bukan
urusan kau. Baik kau duk diam,makan ayam kau yang duk atas meja tu. Jangan
sampai aku buat kau jadi ‘ayam’ aku.” Tengking lelaki itu penuh kemarahan. Tu
la…sapa suruh cari pasal. Kelihatan perempuan seksi itu duk menangis
teresak-esak. Ye la kan… dah mengandung tapi,si jantan tak nak
bertanggungjawab. Tak ada cirri-ciri lelaki sejati langsung.
“Erm..Maafkan kami,encik. Kami dah nak balik dah pun nie.
Weh..Sarah,cepat la bangun.” Una dah macam cacing kepanasan dah aku tengok.
Takut agaknya. Mana taknya,muka lelaki tu bengis gila kot.
“Eh..Sarah.. Apa sayang buat dekat sini. Tak bagitahu abang
pun,sayang nak datang sini. Kan abang dah cakap,kalau nak keluar rumah bagitahu abang dulu. Sayang ni degil,ye.
Come,dear.. I miss you so much. Give me hug.” Tiba-tiba lelaki yang berlagak
tadi tu panggil nama aku. Bila masa pulak kau kenal dengan lelaki tak
bertanggungjawab macam dia ni?? Alamak…ini dah melampau. Dia peluk aku kot.
Cakap miss you bagai. Kau ingat aku ni sama ke dengan perempuan seksi tu. Kau
dah mengandungkan dia,lepas tu kau nak buat aku pulak mengandung.
“Isteri abang ni,nape buat muka cuak macam ni? Owh..sayang dengar
ye apa yang kami bincang tadi? Tak pe..nanti dekat rumah,abang jelaskan k.
Sayang jangan risau. Abang cintakan sayang sorang je.” cuppp!!!! Satu kucupan
diberikan kepada aku. Dekat pipi. Aku kena cium. Una…..tolong aku. Tapi, suara
itu seolah-olah terlekat dikerongkong tekakku. Aku sempat kerling kearah Una.
Dia hanya terpinga-pinga melihat adegan sebentar tadi. Terkejut mungkin.
“Asy..you dah kahwin? Sampai hati you,tipu I. Habis tu macam mana
dengan anak yang I kandungkan ni? Siapa yang nak bertanggungjawab?” rintih
perempuan tadi. Naik kesian la jugak aku tengok. Belum sempat ‘suami’ aku ni
menjawab. Si abang dah pukul ‘suami’ aku.
“Hei,nape kamu pukul dia? Sebelum bertindak tu,cuba la selidik
dulu. Lepas tu renungkan sikit. Bermuhasabah diri. Adakah kesalahan tu berpunca
dari sebelah pihak. Cuba kamu tengok adik kamu ni. Pakai pakain seksi. Terdedah
sini,terdedah sana. Lelaki mana yang tengok,tak terliur? Kalau saya jadi lelaki
pun saya dah usha adik kamu tu. Kamu pergi la brainwash adik kamu tu dulu.
Lepas tu kamu Tanya dia betul-betul. Suruh dia bersumpah betul ke ‘suami’ saya
yang buat semua ni.” Sengaja aku tekankan perkataan suami itu agar didengari
oleh semua orang. Sebab masa ni orang tengah ramai duk tengok ‘lakonan’
kami ni. Biar mereka tahu aku tak
bersalah.
“Dah la,Aisyah.. mari kita balik. Makin lama kita dekat sini,makin
panas telinga aku. Kalau lelaki ni tak mahu bertanggungjawab,biar aku yang
bertanggungjawab. Aku sayang kan kau lebih daripada seorang adik angkat. Aku
nak kau lupekan jantan tak guna tu” ujar lelaki itu. La…..Aisyah nama si perempuan
ni. Nama punya la cantik. Nama isteri nabi,tapi perangai macan apa entah. Seksi
gila kot… lagi satu,lelaki garang tu abang angkat je. aku ingat abang betul
dia. Huh…sesuai la tu kalau kahwin.
“Sarah..kenapa,kau pegang muka dia? Hari tu kau cakap dosa main
pegang-pegang tangan. Kalau pegang muka tak pe,erk??” Tanya Una seolah-olah
adik kecil sedang bertanya dengan muka dan nada orang tidak bersalah.
“Ya Allah,apa aku buat ni… woi lelaki.. erm.sape nama kamu? Asy
erk? Kenapa kamu mengaku yang kamu tu suami saya? Dah la peluk orang…cium pipi
orang.. tak tahu malu ke? Dosa la weh!!!” marah aku,sambil menolak dada bidang
lelaki itu supaya menjauh daripada terus rapat denganku. Lantas, aku menarik
Una untuk terus keluar daripada mcD. Tetapi,lelaki itu mengejar aku. Apa aku
nak buat ni.
“Awak…sekejap la.” Tangan lelaki it uterus menyambar tanganku..
“Eh..jangan pegang-pegang la. Kamu nak apa. Jangan nak berawak-awak
dengan saya. Saya tak pernah guna
awak-awak ni. Dan jangan nak guna “kau aku” saya tak suka. Kawan baik je boleh
cakap macam tu.” Macam mengada-ngada la pulak aku ni.
“OK..abang panggil sayang ok. kejap la sayang.. Abang nak cakap
sikit.”
“Geli la. Jangan panggil macam tu boleh tak?”
“Dah tu…semua tak boleh. Saya nak panggil apa?” alahai…buat muka sedih
la pulak mamat ni.
“saya kamu sudah la..” pendek je aku jawab.
“sayang..eh.. kamu..saya nak kamu jadi isteri saya boleh? Saya
perlukan bantuan kamu. Saya perlukan bantuan kamu untuk manaikkan balik
reputasi saya dalam syarikat. Mereka menuduh saya menjalinkan hubungan dengan
perempuan tadi. Ayah dia sangat berpengaruh. Tapi,sumpah saya tak buat. Ada
orang yang nak kenakan saya. Sekarang orang dah tahu kamu ‘isteri’ saya,saya
nak kamu jadi isteri saya yang betul-betul. Supaya orang berhenti mengata saya.
Kamu jangan risau. saya akan ikut semua syarat kamu.” Huh..senangnya dia cakap.
“kamu ni dah gila agaknya.” Cepat aku menarik tangan Una dan
berlalu pergi meninggalkan lelaki itu.
“Sarah,bukan ke kau nak kahwin. Tu dah ada orang yang nak. Ambik
la.. muka pun handsome apa. Putuh daripada kau pulak tu. Haha. Dia tinggi..
kerja pun macam bagus je.” Una seakan-akan memujuk aku.
“pandai jugak kau kan. Tapi,belum tentu dia tu anak sulung kan.”
Tiba-tiba idea Una itu seakan boleh aku pertimbangkan. Kemudian aku menarik
tangan Una untuk kembali ke tempat lelaki tadi.
“Asy..kejap!!!!” alamak…kuatnya..habis orang pandang.
“Jom kita cerai!!!”ujarku sejurus Asy menghadapku.
“ha???cerai??? bila masa kita kahwin?” pelik Asy dengan omongku
tadi.
“tadi kan abang cakap saya ni isteri abang,jom la kita bercerai..
pas tu kita kahwin olok-olok. Lepas setahun kita cerai lagi. Kita talak dua dah
la. Kamu mesti balas balik pertolongan saya dekat kamu tadi”
Aku mula menjelaskan kenapa aku bertindak sebegitu dan apakah
syarat-syaratnya setelah kami berkahwin.
Akhirnya……………………………….
“Aku terima nikahnya, Putri Sarah Alisa binti Muhammad Kamal dengan
mas kahwin dua puluh satu ribu tiga ratus ringgit tunai.”
…..***…….
Aduhai…seramnya.. bilik ni pun,apasal la mak aku ni pergi hias macam
bilik orang kahwin. Eh… bukan ke memang aku dah kahwin kan. Isy,mana Asy
ni..dia nak tidur kat mana erk??
Tiba-tiba tombol pintu dibuka.. muncul seorang bidadara dari
kayangan. Hahaha. Wah….handsomenya laki aku ni. Tak sangka. Menepati semua
cirri-ciri yang bapak aku nak. Dan…………………menepati cirri-ciri yang aku nak
jugak. Alahai…apa yang aku mengarut ni. Isy!!!
“kamu nak tidur mana malam ni?erm…kamu tidur kat bawah,saya tidur
kat atas boleh?” jelasku sejurus dia masuk ke dalam bilik.
“Untuk pengetahuan isteri saya yang comel ni,nama saya Muhammad
Syafiq Asyraf bin Muhammad Borhan,bukannya KAMU. Jadi,berhenti panggil saya
kamu. Mulai sekarang awak kena panggil saya abang. Saya dah jadi suami awak.
Bagus jugak cadangan awak tu. Saya mesti la kena tidur ‘bawah’ awak..awak kena
tidur ‘atas’ saya. Kan awak tu kecik je.. kalau awak tidur ‘bawah’ mesti awak
tak selesa kan.” Jelasnya dengan nakal sekali. Aduhai…mengada-ngada a
pulak…lain yang aku cakap,lain yang dia faham.
“tapi kan perjanjian tu…………..” belum sempat aku meneruskan
kata-kataky,dia meletakkan jarinya di mulutku supaya aku tidak meneruskan
kata-kataku tadi.
“perjanjian tu,awak cuma cakap,saya tidak boleh memanksa awak buat
benda yang awak tak suka. Saya tak paksa pun awak buat benda yang awak tak suka.
Tapi,saya nak didik awak buat benda yang awak tak suka pada awalnya,kemudian
nanti awak mesti akan suka.” Jawabnya sambil tersenyum nakal.
“awak bukan…”sekali lagi jarinya bertaut dengan bibirku.
“abang…bukan awak”jelasnya..
“a….bang.. bukannya kahwin dengan saya sebab cinta..abang nak
selamatkan reputasi abang je kan. Abang tak boleh paksa saya buat benda yang
say tak suka.” Tergagap-gagap aku berbicara.
“siapa cakap abang tak cintakan sayang? Kali pertama abang nampak
sayang dekat mcD dulu,abang dah jatuh hati padah sayang. Kali petama abang peuk
sayang dulu,abang dah rasa kehangatan yang berlainan.. dan kali pertama abang
cium sayang dulu,abang dah rasa indahnya cinta seorang suami terhadap isteri
jika sayanglah isteri abang. Abang sengaja je cakap nak selamatkan reputasi
abang. Abang bos kat syarikat abang kerja tu?. Pekerja mana yang nak kenakan
abang,mest dah la abang pecat. abang nak cuba dapatkan sayang..tapi abang pun
pelik kenapa abang boleh guna cara macam tu.
Kemudian sayang tolak abang,abang cuba fikirkan cara lain.
Tapi,sayang datang balik dan ajak abang ‘bercerai’. Terkejut abang. Abang ajak
sayang kahwin,tapi sayang ajak abang bercerai. Abang,dah lafazkan cerai masa
sayang jadi ‘isteri’ olok-olok abang depan Aisyah dulu kan. Sekarang takkan
sekali pun abang lafazkannya lagi. Jangan ajak abang cerai lagi tau..” ujarnya
sambil menarik hidungku. Erm…boleh cay eke ni??
Tapi…aku pun memang dah tangkap cintan dengan dia masa mula-mula
dia jadi ‘suami’ aku lagi. Kalau tak,takkan la aku nak peduli bila abang si
Aisyah tu pukul dia.
“abang…siapa Aisyah? Kenapa dia cakap,dia mengandungkan anak
abang?” tiada lagi kegugupan yang terlahir dari bibirku..
“aisyah tu adalah perempuan yang abang jumpa dekat lorong gelap
dulu. Masa tu abang tengah ada masalah. Abang hampir hilang pedoman. Abang
berniat untuk melepaskan stress dengan cara yang salah. Kemudian,abang jumpa
Aisyah sedang menangis-nangis. Apabila abang bertanya,dia terus peluk abang.
Kemudian Faiz,lelaki yang Sarah nampak bersama abang tu nampak kami berpelukan.
Aisyah kena rogol. Dia ketakutan sangat masa tu sebab tu dia peluk abang. Faiz
tak tahu hal yang sebenar. Faiz ingat dia lari dari rumah. Kami jaga dia. Kami
berikan sebuah rumah milik syarikat kepada dia. Faiz jadi abang angkat dia.
Dalam masa yang sama,faiz jatuh hati pada dia.
Kemudian,Aisyah
mengandung…Faiz ingat tu anak abang. Aisyah tuduh abang sebab dia dah jatuh
cinta pada abang. Tapi,abang tolak dia. Sebab tu dia bertindak sebegitu.
Tapi…akhirnya semua dah ok. sebelum kita kahwin.mereka ada jumpa abang. Mereka
minta maaf dengan abang.” Panjang lebar penjelasan yang suami aku bagi.
“tapi… abang dah peluk dia. Kiranya…dia la orang yang pertama yang
abang peluk?” sayu aku berkata.. ada nada rajuk disitu.
“tapi……..masa tu abang tak rela. Peristiwa tu berlaku dengan
pantas. Kali ni abang rela…sayang orang terkhir yang abang peluk,cium dan kalau
yang ‘ni’ insyaAllah sayang yang pertama dan terakhir……………………” lampu
dipadamkan. Aku dan dia mengecapi mimpi
yang indah buat selamanya.
Kami kahwin dengan ucapan “jom cerai”… bukannya “jom kahwin”… sweet
kan?lain daripada yang lain gitu… erm…mengenai mas kahwin tu? Ia adalah tarikh
kami berkenalan. 21hb 3.. cukup la sampai disini cerita cintaku..
assalamualaikum…
Nama Sarah memang popular la kalau buat cerpen2 n novel.. haha.. ~gurau2..
ReplyDeletehaha. lepas nie nak guna nama lain la plak.. :p
ReplyDeleteBest tp ending die terlalu cepat
ReplyDelete