=.=

Saturday 13 July 2013

Allah pilih aku untuk berubah~

aku yg nakal.. selalu melanggar peraturan..
aku yg pemalas.. selalu tidur time ceramah..
aku yg degil.. selalu bergelak tawa..

aku tak banyak ilmu..
aku tidak mengamalkan semua ilmu yg aku ada..
aku tidak betudung labuh..
apa lagi bercakap dengan penuh sopan..

jika begini cara percakapanku,dengan siapapun beginilah percakapanku..
jika pegang mikrofon,tidak sekali aku menjadi "ana,antum"
tidak juga aku mnggunakan "relx brother"
aku hanya manusia biasa..

aku mahu mencari..
tidak mahu disanjung..
tidak pula aku mahu dicaci..

ya Allah..berat amanah yang aku galas.. mengapa Kau pilih aku untuk menggalas amanah ini..
apa benar "suatu hari nanti Islam akan tertegak oleh org yg Fajir (yg pernah mlakukn kesalahan,ttp berubah stelah Allah ketuk pintu hatinya)

dilantil sebagai Timbalan President Majlis Pembangunan Modan Insan?? ya Allah..sedangkan ramai lagi yg layak..

dalam masa yg sama..seseorang yang sangat aku sayang meninggalkan aku.. dia pergi dengan yang lain.. rasa dikhianati..rasa dilukai.. sakit.. tapi,ketika itulah aku sedar. mungkin Engkau terlalu merindui rintihanku..

ya Allah..hapuskanlah dia dari hidupku..lenyapkan dia dari hatiku.. biarkan dia dengan yang lain..yang mampu menderi bahagia untuknya.. mungkin ini jawapan yg pernah ditanya kepadaku suatu masa dahulu.. 

"apa sandaran cintamu terhadapku?" 

insyaAllah,ya Allah.. tidak akan lagi aku mencintai makhlukMu selain dari kerana Mu ya Allah..
suatu hari nanti akan aku jawab dalam doaku..moga engkau sampaikan padanya setelah aku temui jalan yang selama ini aku cari..

"cintaku padamu di sandarkn pada Allah"

sampaikan ya Allah..tapi,setelah aku mampu..setelah aku yakin.. setelah Engkau redha..
terima kasih,ya Allah..kau datangkan ujian..kau datangkan amanah..supaya aku sedar.. syukran ya Allah.. Kau telah memilih aku untuk berubah.. insyaAllah..

*Ramadhan kali ini satu penghijrahan.. insyaAllah. :)


1 comment:

  1. Baccarat - Free online casino games - febcasino.com
    Play online Baccarat game like 바카라 no other casino. No registration required. Play for free and win septcasino real worrione money, always the best casino bonus for you.

    ReplyDelete